3 penuntut UPNM terima biasiswa ke institusi ketenteraan berprestij AS 2013/06/06 PELABUHAN KLANG: Tiga penuntut Malaysia yang menerima biasiswa ke tiga institusi ketenteraan berprestij di Amerika Syarikat (AS), bertekad untuk tidak mensia-siakan peluang itu bagi meraih ilmu demi pembangunan bidang ketenteraan negara. Mohamad Aidil Shafiq Abd Aziz, Muzaffar Abdul Halim dan Santos J. Jayagopal masing-masing bakal melanjutkan pelajaran peringkat ijazah selama empat tahun di Akademi Tentera AS (USMA) di West Point, New York; Akademi Tentera Laut AS (USNA) di Annapolis, Maryland; dan Akademi Tentera Udara AS (USAFA) di Colorado Springs, Colorado. Pelatih dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu menerima biasiswa bernilai RM1 juta masing-masing bagi belajar dan mengikuti latihan di akademi terbabit. Mohamad Aidil, 19, berkata beliau teruja kerana bakal berpeluang mengendalikan peralatan ketenteraan berteknologi tinggi dan kemahiran itu amat berguna untuk pembangunan ketenteraan Malaysia. "Saya juga teruja untuk belajar budaya kerja tentera AS yang boleh diamalkan dalam operasi ketenteraan kita," katanya kepada pemberita selepas menerima surat penerimaan daripada Laksamana Samuel J. Locker pada satu upacara di atas kapal USS Blue Ridge yang singgah melawat di Pelabuhan Klang, di sini malam tadi. Bagi Muzaffar, pengalaman menerima anugerah dan upacara penyampaian yang dilakukan di atas kapal perang merupakan suatu yang tidak ternilai. Anak jati Sarawak berusia 18 tahun itu juga bertekad untuk berusaha keras bagi memastikan peluang yang diterimanya tidak sia-sia. "Saya mahu belajar semua yang boleh dipelajari daripada tentera laut AS dan bawa balik ilmu itu ke negara ini," kata anak sulung daripada empat beradik yang menjadikan bapanya, seorang pegawai tentera, sebagai sumber inspirasi. Santos, 19, yang berpegang kepada moto "Difficult Situation Yes, Impossible No" yang bermakna tidak ada yang mustahil walau sesukar mana sesuatu keadaan, berkata beliau berbesar hati dapat menerima anugerah itu. "Saya berharap satu hari ini saya akan menjadi seseorang yang dapat menyumbang kepada negara," katanya. Sementara itu, Locker berkata biasiswa itu membolehkan pelajar Malaysia mempelajari lebih lanjut ilmu ketenteraan dan pada masa yang sama memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Menurut kenyataan Kedutaan Amerika Syarikat di sini, 20 rakyat Malaysia telah menamatkan pengajian mereka di akademi ketenteraannya sejak 1991, bagaimanapun ini kali pertama dalam tempoh 19 tahun Malaysia ada calon untuk USAFA.
|
13
Bagus |
17
Marah |
6
Terkejut |
11
Sedih |
9
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Kittie posted on 6-6-2013 03:09 PM
Saya tak pandangpun nilai scholarship tuh, sbb saya dulu pun mcm tuh gak. Dan ramai lg yg dah dpt ...
ADVERTISEMENT