Rock Oo Rimba Bara Kembali OST - Tika
Sinopsis Kumpulan Rimba Bara baru sahaja kehilangan pemain gitar mereka, Zack dan perlu mencari pengganti bagi membolehkan mereka menyertai pertandingan Battle of the Bands. Setelah bertemu dengan seorang pemain gitar handalan, Slash (Pekin Ibrahim) dan berbekalkan semangat dan bakat serta bantuan bekas pengurus mereka, maka Rimba Bara berhijrah ke Kuala Lumpur. Tetapi malang menimpa Rimba Bara apabila pengurus mereka hilang tanpa berita, sekali lagi. Kehilangan arah dan kecundang, Rimba Bara bersetuju untuk pulang semula ke Ipoh. Tidak lama kemudian, Rimba Bara dipukul lagi dengan satu tamparan yang hebat apabila vokalis Zul Kapan (Sofi Jikan) meninggalkan kumpulan mereka dan menyertai musuh ketat, Malaikat Maut. Ahli-ahli Rimba Bara terpaksa menggagahkan diri dan bersatu untuk menentukan arah perjuangan kumpulan mereka. Lirik: Cahaya di dalam cermin Memukau hingga memaksa Ku cari ke dasar diri Cintaku yang hilang Rupanya ku salah sangka Kasihmu tak pernah sepi Kerana terlalu hampir Ku leka hadirmu Sentiasa disisi ku.. Merestui ambisi ku.. Lantas ku takkan berubah Berganjak di jalan ini.. Selagi bumi berputar Tekadku terus berjuang.. oh.. Sentiasa disisi ku.. Merestui ambisi ku.. Lantas ku takkan berubah Berganjak di jalan ini.. Sentiasa disisi ku.. Merestui ambisi ku.. Lantas ku takkan berubah Berganjak dari jalan ku.. oh.. oh.. oh.. Disisi ku.. merestui ambisiku.. oh Lantas ku takkan berubah Berganjak dari jalan ku Jalan ku.. Jalan ku.. Tangisan harum tertumpah
|
ADVERTISEMENT