CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Kuyit Maut Jatuh Akibat Pagar Reput

29-1-2015 12:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7419| Komen: 27

Kuyit Maut Jatuh Akibat Pagar Reput


PETALING JAYA - “Kuyit nak ikut kakak pergi sekolah,” kata kakak sulung Muhammad Hazriq Danish Ain Alden, 5, yang maut selepas terjatuh dari tingkat 6, flat Projek Perumahan Rakyat (PPR), Kota Damansara, petang semalam.

Menurut Nur Diyana Alden, 15, Hazriq merupakan adik bongsu daripada lima beradik, mesra dipanggil Kuyit, menunjukkan sikap yang amat berlainan sebelum dia ke sekolah pagi semalam.

“Kuyit berjalan ke bawah bersama ibu dan saya, kemudian salam serta cium tangan saya sebelum ke sekolah,” katanya.

Menurutnya, awal pagi lagi dia sudah bangun dan bertanyakan kakak hendak pergi mana.


Diyana berkata, adiknya itu amat manja dengannya dan ahli keluarga yang lain.

“Biasanya kalau dilarang jangan bermain di luar, Kuyit tidak mendengar kata.

“Tetapi sejak akhir-akhir ini, saya perasan tingkah lakunya berubah dan akan ikut apa yang disuruh,” katanya dengan nada sayu.

Menurut Diyana, sewaktu kejadian, dia baru pulang dari sekolah dan dimaklumkan insiden yang menimpa adiknya oleh jiran-jirannya.

“Kuyit memang suka bermain dengan rakan-rakannya di balkoni, walaupun ibu dan saya sudah tegah dia berkali-kali," katanya.

Sementara itu, ibunya, Norsahura Sahara Mohamad, 34, berkata, dia sempat makan bersama Hazriq lauk kegemarannya, ayam goreng, sebelum keluar bermain dengan rakan-rakannya.
“Saya sempat makan bersila dengannya, selepas itu dia minum sedikit air dan keluar bermain,” katanya.

Sahura, seorang suri rumah berkata, ketika kejadian dia berada di dalam rumah sebelum bergegas turun apabila dimaklumkan anaknya terjatuh.

Difahamkan, polis sedang menyiasat sama ada kejadian itu ada kaitan dengan pengadang besi balkoni yang uzur.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Kota Damansara selepas solat Maghrib dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, kejadian berlaku pada jam 3.18 petang.

“Mangsa sedang bermain di koridor sebelum terjatuh dari tingkat enam flat itu.
“Mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh dan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Sangka bungkusan sampah jatuh

"Saya ingatkan bunyi sampah jatuh, tetapi terkejut apabila pekerja penyelenggaraan bagi tahu budak terjatuh,” kata Zarina Johan, seorang pengawal keselamatan di Blok B, bangunan itu.

Menurutnya, dia hanya berada beberapa meter dari lokasi kejadian dan bergegas melihat kanak-kanak itu.

“Saya lihat kanak-kanak itu masih lagi bernyawa dan saya cuba mengecamnya.
“Secara kebetulan ada jiran turun dari lif memaklumkan siapa ibu bapa kanak-kanak itu. Saya terus menjerit memanggil ibunya dari bawah,” katanya.

Zarina berkata, sejurus turun, ibu kanak-kanak itu tersembam di sisi anaknya.

“Melihatkan keadaannya itu, saya papah dan cuba tenangkannya. Dia terus menangis sementara menunggu ambulan tiba,” katanya.

Zarina yang sudah lapan tahun tinggal di situ dan menjadi pengawal keselamatan dua bulan lalu berkata, kejadian ini bukan pertama kali berlaku di kawasan itu.

 
“Sebelum ini ada kejadian kanak-kanak terjatuh, tetapi di blok lain,” katanya.

6

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
7

Sedih
14

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 29-1-2015 07:53 AM
al fatihah...
Quote sapp73 29-1-2015 07:55 AM
Inalillah...memang ngeri bila melihat anak anak umur gitu bermain, berlari lari sepanjang kaki lima, tangga sesama mereka...jatuh bangunan nilah yg aku takutkan.
Quote wanlya 29-1-2015 07:56 AM
pengadang besi dah xrelevan lagi patutnya sekarang ni....
Quote kimsa-ra 29-1-2015 07:57 AM
tajuk xblh blah.. igt kunyit tu kunyit masakan.. bahayanya pagar dia.. takziah.. dh ajal..
Quote Suchi 29-1-2015 08:20 AM
takziah
nama dorang adik badik sedap je siap ade nama famili kt belakang tu
skrg mmg stail org bg nama camtu kan

apapun bahaya biarkan ank2 main tanpa pengawasan org dewasa lg kan plak umur sekecil ini
iols kalo bawak ank g main pun iols ade sekali duk memantau. penah gak bg dia main ngn ank2 jiran bila bebudak dtg umah ajak main, tp iols pesan sesiap suh anto blk kt umah n  main sekitar apartmen je.. tu pun iols tetap peratikan dr balkoni umah tgk dia duk main kt bawah.
Quote cmf_kunyit 29-1-2015 08:21 AM
siannya...al fatihah..
Quote supernaturalee 29-1-2015 08:24 AM
Muhammad Hazriq Danish Ain Alden
sedap namanya

tapi panggil Kuyit?????????



papepun takziah
alfatihah buat adik
Quote famri7 29-1-2015 08:30 AM
Mula lah sikap pelik sebelum ajal..ummah meleis dan cerita mistik bagai pinang dibelah dua..

Takziah dik dan keluarga.silap parent jua sbeba surrounding rumah bahaya.
Quote jengkoil 29-1-2015 08:54 AM
Kejadian kedua....nak tunggu cukupkan lima blas ke hape?

PPR ni ada mentenen fee x?
Quote prettyuglybabe 29-1-2015 10:21 AM
takziah...


Quote outcast 29-1-2015 10:25 AM
jengkoil replied at 29-1-2015 08:54 AM
Kejadian kedua....nak tunggu cukupkan lima blas ke hape?

PPR ni ada mentenen fee x?

PPR ada  .. tp berapa kerat je yg bayar ?
selalu kes lif rosak  kat ppr laa
x da duit nk perbaiki
Quote mamapea 29-1-2015 10:54 AM
nasib baik rumah aku xde palang besi mcm ni..sepanjang koridor semua batu kecuali kt tangga je la..budak2 kt rumah aku pun blh tahan nakal2..suka panjat tembok kt koridor tu..kalau jatuh ke bawah mmg arwah la..kesian budak ni yg tak berdosa ni..
Quote sapeka 29-1-2015 01:23 PM
outcast replied at 29-1-2015 10:25 AM
PPR ada  .. tp berapa kerat je yg bayar ?
selalu kes lif rosak  kat ppr laa
x da duit nk perb ...

dah dorang pelokek nak bayar maintenance
sampai kene ugut2 nak potong api air baru terhegeh-hegeh nak datang bayar
boleh pulak tuh bayar sekaligus hutang yang dah lapuk2 tuh..


Quote myvios 29-1-2015 01:27 PM
tak sampai hati aku tengok gambat budak tu kat fb. ade darah kat lantai...
Quote outcast 29-1-2015 02:34 PM
sapeka replied at 29-1-2015 01:23 PM
dah dorang pelokek nak bayar maintenance
sampai kene ugut2 nak potong api air baru terhegeh-hegeh ...

tuh aa pasal ..
mentaliti derang ni ...kene perbetulkan

Quote AbukRokok 29-1-2015 02:42 PM
STONER replied at 29-1-2015 09:53 AM
mansuhkan pagar besi. buat semua pagar simen... wakil2 kerajaan yg main porum tlg bentangkan di ka ...

xboleh.. kos naik nti harga rmah mningkat
Quote clarizsa 29-1-2015 02:45 PM
Takziah.... mmg bhya kanak2 aktif dok umah flat usang....
Quote amyainsamad 29-1-2015 02:52 PM
takziah....bapaknya mat salleh ke??
Quote jengkoil 29-1-2015 04:24 PM
outcast replied at 29-1-2015 10:25 AM
PPR ada  .. tp berapa kerat je yg bayar ?
selalu kes lif rosak  kat ppr laa
x da duit nk perb ...

So sad...patut laa nama PPRT tu selalu di ratib kat sini

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.067424 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top