CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

'Date' Dengan Kekasih Alam Maya, Bagaimana?

29-1-2015 06:04 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3576| Komen: 0

LadyLista - Sekarang ini bukan sesuatu yang pelik melihat ramai yang memulakan perkenalan di alam maya. Untuk lelaki dan wanita yang sentiasa sibuk, pertemuan di alam maya nyata memberi ruang baru buat mereka yang sibuk. Namun tak semua yang mendaftar untuk 'online dating' ini berjaya. Menurut statistik yang dikeluarkan di Amerika, hanya 25 peratus pasangan berkahwin berjumpa di alam maya. Ini kerana individu yang menggunakan alam maya sebagai asas perjumpaan lebih gemar menipu umur,berat badan dan ia akan menyebabkan pertemuan pertama menjadi tidak bagus.

Bagi anda yang berada di tengah-tengah situasi di mana, anda sedang berkenalan dengan seseorang di alam maya dan berminat untuk melanjutkan sehingga ke pertemuan secara realiti, LadyLista berkongsi tips yang boleh anda gunakan ketika berada di dalam situasi sebegini:

1. Jika kamu tidak boleh atasinya pada pertemuan pertama, tinggalkannya dengan 'classy'

Kamu seorang yang aktif di laman Facebook, dan bertemu beberapa orang yang kamu rasakan senang untuk berhubung di alam maya. Mungkin kamu berkongsi hobi yang sama yang membuatkan kamu sangat berminat untuk meneruskan hubungan lebih serius. Selepas bertanyakan mengenai peribadi si dia, kamu bersetuju untuk keluar minum atau 'date' untuk pertama kali. Namun, yang tiba ini lain pula, tidak seperti gambar yang di hantar kepada kamu, malah dia sedikit rendah dari apa yang biasa kamu nampak di dalam facebook. Jika kamu boleh meneruskan perbualan, ada baiknya kamu meneruskan perbualan dengan memberi isyarat bahawa si dia merupakan 'stranger' kepada kamu. Secara perlahan-lahan kamu kurangkan berkongsi apa maklumat mengenai kamu dengannya. namun jika kamu memang tidak mampu untuk meneruskan perbualan dengannga, ada baiknya kamu habiskan cepat perbualan kamu dan terus beredar. Ini akan memberi gambaran kepadanya bahawa kamu tidak berminat padanya.

2.Jangan tipu, jadi diri sendiri
Sama ada pertemuan betul ataupun di alam maya, personaliti yang kita tampilkan di alam maya sebenarnya berbeza dengan diri kita sebenar. LadyLista pernah bertemu dengan seseorang yang sangat berlainan sikap yang ditunjukkan  di alam maya.

Wanita cenderung untuk melindungi diri atau lebih tepat lagi bermuka-muka. Lihat sahaja di dalam mesyuarat, siapa yang selalu memberi muka yang manis walaupun dimarah.Kamu tak perlu menjadi terlalu peramah sehingga nampak dibuat-buat kerana element misteri itu penting untuk keseronokan pertemuan pertama. Jangan mengadili si dia yang baru kamu jumpa pertama kali. Hanya jadi diri kamu, kerana ia akan menambah lagi keseronokan yang ada.

3. Pilih tempat yang dipersetujui bersama
Memilih tempat bukan kerana kamu memberinya peluang atau menunjukkan kamu seorang yang gentleman. Harus diingat, tempat untuk pertemuan pertama amatlah penting agar hubungan kamu dapat berjalan dengan lancar. Elakkan bertemu di tempat tertutup kerana kamu belum lagi mengenali si dia dengan sepenuhnya.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.138094 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top