Gambar Terkini Ts Jins Shamsuddin Jadi Viral Kuala Lumpur: “Ayah masih sihat, makan dan minum macam biasa cuma mungkin kerana faktor usia makan tak banyak seperti dulu." Itu kata anak seniman Tan Sri Jins Shamsuddin, Putera Hang Jebat mengenai keadaan kesihatan bapanya yang kini menjadi perbualan hangat di laman sosial berikutan penyebaran foto terbaru bekas senator itu. Beberapa laman blog melaporkan keadaan bapanya kelihatan semakin uzur berdasarkan foto yang didakwa diambil daripada laman sosial. Menurut Putera Hang Jebat, bapanya yang berusia 80 tahun tidak ada penyakit lain selain Alzheimer yang dihidapi sejak 2011 dan kini dijaga dengan baik oleh ibunya Puan Sri Halijah Abdullah di rumah mereka di Hulu Kelang, Selangor. "Saya tidak pasti bagaimana gambar berkenaan boleh tersebar namun saya sedikit terkejut kerana ia menunjukkan seolah-olah ayah dalam keadaan sangat uzur sedangkan dia masih sihat di rumah. "Biasalah bila dah berumur mungkin selera makan tak macam dulu sebab itu nampak kurus," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Katanya lagi dia datang melawat bapanya setiap hari kerana kebetulan pejabat terletak berhampiran namun kadangkala bekas bintang filem era 60-an itu tidak mengenalinya berikutan penyakit Alzheimer yang dihidapi. Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi akan menziarahi Jins pagi ini (Isnin) untuk bertanya khabar selain mendapatkan perkembangan terkini seniman veteran itu. "Sebenarnya sebelum ini kita sudah beberapa kali bertemu beliau dan Alhamdulillah beliau sihat, cuma mungkin keadaan terbaru kita tidak pasti kerana berdasarkan gambar nampak kurus sedikit. "Apapun saya dan rakan-rakan akan mendapatkan maklumat daripada keluarga beliau terlebih dulu dan akan memberi bantuan sewajarnya jika diperlukan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
|
dani-rox replied at 1-2-2015 09:12 AM
tak kesah tua tp takutnya kena penyakit alzheimer, atau nyanyuk... takut lupa org2 tersayang, lupa s ...
DARSITA replied at 2-2-2015 01:18 AM
bagusnya penyakitni tak mendatangkan stress kpd pengidapnya. Org yang jaga akan stress sbb melayan ...
Ferr_Remy replied at 2-2-2015 12:55 AM
Begitula kita juga nnt di hati tua
dani-rox replied at 2-2-2015 01:27 AM
kesian dan kagum dgn penjaga yg bersabar dgn pesakit alzheimer tingat dgn mak dan adik beradik ...
revolusi_30 replied at 2-2-2015 01:57 AM
Org kata Jins ne selayaknya la ...pasal dulu beliau tikam P. Ramlee
revolusi_30 replied at 2-2-2015 01:57 AM
Org kata Jins ne selayaknya la ...pasal dulu beliau tikam P. Ramlee
ADVERTISEMENT