CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Jom Selidik Wanita Pisau Cukur

4-2-2015 06:20 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3498| Komen: 1

LadyLista- Artikel ini LadyLista tujukan khas kepada pembaca setia LadyLista, terutamanya lelaki. Topik mata duitan ini sangat lah novel-novel atau cereka drama. Bukan tak mahu percaya, tapi dalam dunia realiti ini, ada lagi ke perempuan yang kaki kikis. Masakan tidak, kalau tak, tak mungkin ada filem 'Pisau Cukur' lakonan mantap Fazura kan.

Jom kenal mereka yang kaki kikis duit ini, terutamanya wanita, jangan senang-senang percaya wanita. sama seperti lelaki, anda juga harus berhati-hati dalam menjalinkan hubungan dengan wanita. Jangan sampai dijerat, anda yang melarat.


Pada awal perkenalan
Mereka dalam kategori ini sangat suka memberi perhatian kepada kamu, lebih-lebih lagi pada barangan yang kamu pakai. Wanita jenis pengikis ini, akan meneliti kamu untuk dia menganggarkan keadaan kewangan kamu. Jika dia mendapati kamu 'lauk besar', sudah pastinya si dia akan menjaga kamu sebaik mungkin. 


Mereka seboleh-boleh akan menggoda kamu dengan apa cara pun. Ini termasuk menggunakan bahagian tertentu untuk menarik minat kamu untuk masuk jerat mereka. Ini kerana, mereka sangat kenal cara-cara untuk menjerat lelaki dan kebiasaannya lelaki sukar untuk menolak dengan cara begini. Cara ini sahajalah yang boleh menjerat lelaki. Perempuan mata duitan ini kebanyakannya cepat mesra dengan lelaki yang baru dikenali dan bijak bermain dengan kata-kata.


Dipertengahan kenalan
Pada mulanya si dia tidak akan minta apa-apa tetapi lama kelamaan kering poket lelaki untuk menunaikan setiap permintaannya. Kalau anda tidak belikan,mulalah merajuk. Si dia juga, senang bermanja-manja dengan anda untuk minta apa yang dia hajati.Mulalah minta itu dan ini setelah agak lama berkawan.

Wanita sebegini sangat mudah untuk merajuk mengenai kebendaan. Walaupun tahu, kamu sudah berkahwin, si dia tidak kisah dan akan merajuk jika dapat tahu kamu hadiahkan isteri kamu jenama yang mahal.Perempuan mata duitan ini sering mengajak anda ke tempat membeli-belah.

Apabila lelaki itu tidak mampu memenuhi kehendaknya lagi,maka dengan mudah dia akan mencari alasan untuk berpisah walaupun kesalahan yang kecil. Akhirnya lelaki tersebut akan ditinggalkan oleh perempuan mata duitan disebabkan dia telah mendapat ‘jerung’ yang lebih besar dari anda.

 Akhir kata, berhati-hatilah dengan siapa anda berkawan. Kenali dahulu hati budi, tak salah menabur atau memewahkan pasangan jika anda gembira dan tidak terbeban dengan keadaan tersebut. Namun, hati-hatilah jika anda sendiri merasakan si dia lebih sayangkan wang anda dari anda.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote leahsphinx 7-2-2015 11:45 AM
Dasyatnya perempuan sekarang... Ayoo

Lihat semua komen(1)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.318739 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top