‘Saya difitnah’, kata Ustaz Kazim IPOH - “Saya difitnah,” Itu luahan penceramah terkemuka, Datuk Mohamad Kazim Elias yang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan melulu daripada seorang lelaki di Kelantan yang mendakwa dirinya, telah mengaibkan masyarakat Cina hingga boleh menimbulkan ketegangan kaum. Menurut Mohamad Kazim, dirinya juga tidak menyangka ceramahnya di Surau Al-Iman, Kemensah Heights pada November 2009 lalu itu dibongkar semula dan seterusnya dijadikan isu oleh pihak tertentu. Malah katanya, ceramah berkenaan sebenarnya tidak memiliki apa-apa isu pun melainkan mengenai kewajiban umat Islam untuk mempertahankan pemerintahan sebagai sesuatu yang disuruh di dalam Islam. “Kita nafikan sepenuhnya tuduhan kerana ianya berbentuk fitnah tuduhan melulu tanpa melihat keseluruhan isi ceramah tersebut. Tak tahu kenapa dibongkar dan dijadikan isu. “Saya kata, siapa sebenarnya tuan? Siapa sebenarnya hamba? Tak lama huraian, dua minit lebih tetapi tempoh itulah yang diambil dan dijadikan isu. Yang berkhidmat kepada negara adalah pihak polis yang kebanyakannya orang Melayu. Waktu orang lain sedang tidur, makan minum di kelab-kelab malam, yang berjaga askar Melayu, di tengah lautan, tengah sempadan. Keamanan ini datangnya daripada askar kita orang Melayu. “Janganlah cakap ketuanan Melayu. Siapa Melayu, siapa yang tuan, kita dah duduk dalam negara yang boleh berkongsi tanah, berniaga malah dapat pingat dan pangkat. Kita tak pernah pertikai. Kita cuma minta jangan timbul isu yang timbulkan ketegangan, tetapi saya pula dituduh menimbulkan ketegangan. Ini sebenarnya yang saya rasa pengadu ini tidak faham dengan apa yang saya cakap atau dia tengok hanya dua minit itu sahaja,” katanya lagi. Mohamad Kazim berkata demikian pada sidang media sempena himpunan 22 badan bukan kerajaan (NGO) di dataran Pusat Pengajian Al-Barakah, hari ini. Hadir sama, Ketua Penerangan Majlis Ayahanda-Ayahanda Perak (Maap), Datuk Halim Ramli. Tambah Mohamad Kazim, isu berkenaan mungkin ditimbulkan kerana ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menutup isu-isu lain seperti isu hudud, pilihan raya majlis perbandaran dan sebagainya. Oleh itu katanya, ada pihak yang cuba menggunakan populariti dirinya sebagai penceramah terkemuka tanah air pada ketika ini dengan mengaitkan isu-isu perkauman (rasis) dalam ceramah yang disampaikannya. “Isu ini juga mungkin ditimbulkan sebagai satu usaha bagi menutup isu-isu lain yang sedang hangat dibincangkan pada hari ini seperti isu hudud, pilihan raya majlis perbandaran dan sebagainya. “Pada ketika ini juga saya lihat ‘kebangkitan’ masyarakat untuk dengar ceramah sangat hebat. Mungkin juga ianya satu usaha untuk ‘peti sejuk’kan saya kerana bercakap isu rasis dan sebagainya,” katanya lagi. Sementara itu, Mohamad Kazim berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan bagi menyatakan perkara yang sebenar kepada masyarakat. Menurutnya, beliau juga turut menerima banyak mesej yang menyatakan sokongan kepadanya berhubung isu berkenaan.
|
4
Bagus |
5
Marah |
4
Terkejut |
6
Sedih |
4
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
atira replied at 5-2-2015 09:18 AM
takirah syumul dia fitnah??
“Cuba tuan-tuan tengok orang Cina rumah depa macam mana, de ...
liyamariska replied at 5-2-2015 09:35 AM
rasa ai cam bersetuju dgn Ustaz Kazim nih...
atira replied at 5-2-2015 09:37 AM
kelakar bila dia bengang cina kuar masuk giant
atira replied at 5-2-2015 09:18 AM
takirah syumul dia fitnah??
“Cuba tuan-tuan tengok orang Cina rumah depa macam mana, de ...
alesandra replied at 5-2-2015 09:49 AM
ceramah dah macm ceramah cawangan umngok.point dia lagi teruk dari macai kat CI.aku yakin kalo den ...
pendeta replied at 5-2-2015 10:18 AM
bagi saya kalau setakat kata saya difitnah, tak cukup kuat lagi untuk menafikan apa-apa..anwar ibrah ...
d'zeck replied at 5-2-2015 10:31 AM
yang nak dakwa ustaz kazim siapa?
atas tuduhan apa?
atira replied at 5-2-2015 09:18 AM
takirah syumul dia fitnah??
“Cuba tuan-tuan tengok orang Cina rumah depa macam mana, de ...
Semalam, Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jambu, Tumpat, Kelantan, Pui Tiong Lam membuat laporan polis di Balai Polis Wakaf Bharu, Tumpat dengan mendakwa rakaman video ceramah Ustaz Kazim yang berdurasi 2 minit 27 saat itu seolah-olah mahu mengaibkan kaum Cina.
“Cuba tuan-tuan tengok orang Cina rumah depa macam mana, depa lepak di kedai buat apa. Minum arak slamber rock saja masuk disko. Askar Melayu dok jaga dalam hutan, tengah laut. Sekarang sapa tuan sapa hamba.
“Tiba-tiba depa nak kata, kami tak mau ketuanan Melayu. Sapa tuan sekarang ni? Kita orang Melayu yang dok sokong depa, kita lupa bangsa kita yang dok jaga tengah laut, bangsa kita yang dok jaga dalam hutan. Puak-puak Cina bukannya ada. Hindu ada? berapa kerat Hindu yang jadi askar.
“Rompak banyak. Sewenang-wenang pi Giant, kelab malam, pakai seksi, duduk dalam Tesco. Cuba tuan-tuan tengok. Mewah tak mewah Cina? Yang Melayu jadi apa? Cuba tengok polis, berapa kerat peratus Cina jadi polis?
“Yang jaga tengah-tengah malam, naik kereta bawa kereta, risiko ditembak perompak, risiko dibunuh, tak tido malam, sapa dia? Bukan orang Melayu?
“Apa tokey buat? Apa anak Cina buat? Ada depa ronda naik moto pakai baju gelap-gelap? Sapa jadi hamba sekarang? Tuan-tuan tengok bomba.. berapa peratus orang Cina jadi bomba? Sapa yang dok tunggu balai bomba, bila la nak terbakaq? Kalau tak bangsa kita?
“Tuan-tuan pergi ke lebuh raya, yang dok cuci jamban tu sapa? Bukan bangsa kita? Di KLCC yang dok cuci lap sampah tu sapa? Tak bangsa kita jugak?
“Hari ni bangsa depa dok pertikai ketuanan Melayu, ketuanan Melayu, pala hotak depa. Kita yang bagi ruang untuk mereka bercakap, orang Melayu dah berbesar hati dengan mereka. Kongsi tanah dengan depa, bagi pingat, kuasa kat depa, tak puas hati lagi? Kenapa jadi macam tu?
“Jawapannya mudah. Sebab ada orang Melayu yang sokong depa. Kalau depa perintah kita tuan-tuan, tak kan dapat apa yang kita bagi. Nak azan pun tak boleh di Singapura, melainkan Masjid Sultan sahaja yang boleh azan di luar….”
pendeta replied at 5-2-2015 10:53 AM
kalau ikut laporan berita seorang cina kelantan atas tuduhan hasutan
d'zeck replied at 5-2-2015 09:54 AM
dont worry ustaz
majority will be with you
ADVERTISEMENT