CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Fara Fauzana Tidak Terbeban Soal Kahwin

9-2-2015 10:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22186| Komen: 101

Fara Fauzana Tidak Terbeban Soal Kahwin

Kesibukan antara punca Fara tidak mempunyai masa memikirkan soal peribadi.


PETALING JAYA: Pengacara dan penyampai radio Fara Fauzana menjelaskan dia tidak lagi berasa terbeban apabila sering diasak dengan pertanyaan mengenai perkahwinan.

Fara, 35, berkata, dia sudah terbiasa dengan perkara itu dan pada usianya sekarang ia bukan soal utama selain meletakkan keyakinan kepada Allah yang merancang perjalanan hidupnya.

"Dulu saya akui memang seorang yang terlalu berfikir apabila ada yang bertanya tentang kahwin tetapi sekarang tidak lagi. Saya tidak rasa bebanan itu.


"Allah adalah seorang sebaik-baik perancang dan saya ingin berpegang pada kata-kata ini dan yakin pasti akan ada jodoh saya suatu hari nanti.

"Kalau tidak pun mungkin saya ditakdirkan untuk menjaga kedua ibu bapa saya sehingga ke akhir hayat dan bukan semua orang dapat peluang itu," jelasnya kepada mStar Online.

AG dan Fara bergandingan dalam program Muzik-Muzik 30.

Fara terdahulu diumumkan sebagai hos baharu program Muzik-Muzik 30 bersama AG bagi menggantikan Scha Al Yahya.


Program itu bersiaran setiap hari Sabtu pada pukul 6 petang.


Pun begitu kata Fara, itu tidak bererti dia berhenti berusaha mencari jodoh dan mengakui ada mengenali beberapa lelaki namun belum bertemu yang benar-benar sesuai dengannya.


Tambah Fara, kesibukan dengan tugas seharian turut menjadi faktor utama dia tidak berpeluang untuk menjalinkan hubungan cinta seperti mana wanita lain.


"Mungkin kedengaran klise tetapi itulah hakikatnya. Bagaimanapun saya bersyukur kerana keluarga amat memahami dan tidak pernah masuk campur tentang urusan itu," jelasnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinatsu 9-2-2015 10:17 AM
insyaAllah ada la tu nanti..dia pun makin manis sejak bertudung
Quote f164 9-2-2015 10:23 AM
Masa yg terbaik akan tiba =)
Quote ntah_sape 9-2-2015 10:40 AM
mcm sesuatu sgt dia ni...
Quote fifie_olin 9-2-2015 10:43 AM
bkn ke dia kapel dgn footballer botak tu...ke dh xde ape2
Quote edoraixora 9-2-2015 10:43 AM
InsyaAllah ade jodohnye nanti
Quote cik_tonggek 9-2-2015 10:58 AM
ada, ada
takde, sudehhh girtuh
doa sudah, usaha pun sudah
tak berlaki bukan bermakna hidup tak lengkap fara oiii
org keliling yg mulut dan hati busuk je sebok betanya
Quote mekya 9-2-2015 12:05 PM
saya doakan fara bertemu jodoh yg baik2.. aminn
Quote lululun 9-2-2015 12:11 PM
semoga bertemu jodoh yang baik
Quote syue86 9-2-2015 12:13 PM
kalau tak kawen pun
hidup fara ni dah consider lengkap
tak payah susah hati sgt lah org lain tu
Quote elmen 9-2-2015 12:29 PM
manis sejak die btudung.. sejuk je tgk.. tp kurangkan la ketawa blebihan kat radio.. boleh buat iols tutup terus radio kalo dgr die ketawa..
Quote beatgirlX 9-2-2015 12:34 PM
tak pa..andai ada jodoh..insyaallah
HO pun singlekan...
Quote beatgirlX 9-2-2015 12:34 PM
HO=bukan Halim Othman yer...
Quote qronaldo7 9-2-2015 12:39 PM
untung sape dpt fafau. lawak asyik salah cakap
Quote nikaido 9-2-2015 01:19 PM
beatgirlX replied at 9-2-2015 12:34 PM
tak pa..andai ada jodoh..insyaallah
HO pun singlekan...

HO ni hairudin kan? Dia mmg bujang eh? Ke duda.? mcm dah tua brother ni
Quote bambimbom 9-2-2015 01:24 PM
Positipnla fafau ni... wlpn aku kureng suke kt dia tp part ni aku sokong... bukan sume org bpeluang jaga mak ayah dia lame2.. ade yg baru pas graduate terus kawin.. tak sempat nk bjasa dgn ibu ayah
Quote beatgirlX 9-2-2015 01:40 PM
nikaido replied at 9-2-2015 01:19 PM
HO ni hairudin kan? Dia mmg bujang eh? Ke duda.? mcm dah tua brother ni

haah..btoi la tu..bagus hai-o ni tapi tak tau plak dia ni bujang terlajak laris ke duda ke apa..
tapi masa banjir baru2 ni dia ada team join bantu kan..
aku suka je deme ni...tapi masa hangat gussip ni katanya mamat ni udah ada awek..
tah le..yg pasti dia ada restoran kan..

Quote atekome 9-2-2015 01:41 PM
Btui tuh..ble dh smpai age tertentu, lbih slesa bujang..bkn tkde mood nk kwen tp pk bab kawen tu tk over mcm 20an dulu..mungkin hormon kawen tuh dh mrudum kots
Quote biozipstar 9-2-2015 01:45 PM
ok la tu.. ramai lagi orang x kawen.. lagi tua dr kaka fafau
Quote tomet05 9-2-2015 02:30 PM
semoga mendapat jodoh yang baik

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.047762 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top