CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Jalan Pudu selepas senja ‘Mini Hatyai’,Guna Taktik Raba Rela Pelanggan

10-2-2015 04:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17710| Komen: 29

Jalan Pudu selepas senja ‘Mini Hatyai’

Pelacur warga China dan pondan atau 'mak nyah' dirakam sedang menjalankan  aktiviti menjerat pelanggan di Jalan Pudu, Kuala Lumpur pada waktu malam. 


KUALA LUMPUR,  7 Februari: Sebut saja tentang Jalan Pudu di Lembah Klang  ini, semua orang tahu di situ adalah syurga untuk membeli barang-barang  murah.

Daripada barangan dapur hinggalah ke perkakasan  rumah, semua barang tersebut boleh didapati di Jalan Pudu dengan harga lebih  rendah berbanding pusat beli belah atau pasar raya.

Tidak hairanlah sekiranya Pudu menjadi tumpuan  orang ramai pada setiap hujung minggu yang fungsinya pelbagai.


Dari pagi hingga ke larut malam, Pudu tidak  pernah sepi daripada kunjungan individu tertentu kerana ada sesuatu yang berlaku  selepas senja di situ.

Ia menjadi tumpuan lelaki hidung belang yang  mahu mencari kepuasan demi memuaskan nafsu dirinya.

Perkara yang dimaksudkan ialah aktiviti pelacuran dan pondan yang berlaku di situ sejak beberapa tahun  lalu.

Ironinya, Jalan Pudu menjadi sangat popular  kerana aktiviti itu hingga ia boleh dianggap sebagai ‘Mini Hatyai”

Bagi mereka yang tidak tahu tentang dosa dan  balasan azab seksa di dalam neraka, jalan itu menjadi kunjungan utama untuk  mereka melempiaskan nafsu syahwat dengan hanya membayar dari RM30 hingga RM50  untuk sekali perkhidmatan.

Pelacur yang melakukan aktiviti persundalan itu  pula merupakan warga China yang tidak diketahui identitinya sama ada masuk ke  negara ini secara sah atau sebaliknya.

Manakala, pondan atau lebih sinonim dengan nama  lain ‘mak nyah’ pula menjalankan aktiviti sama seolah-olah mereka itu  berlawan-lawan dalam mengejar untung dalam aktiviti maksiat.

Apa yang menghairankan, keadaan seperti itu  sememangnya tidak terkawal.

Difahamkan, lokasi pusat pelacuran dan pondan di kawasan berkenaan sudah banyak kali  diserbu oleh pihak berkuasa polis dan Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) namun,  tidak lama selepas itu aktiviti mereka wujud kembali.

Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai  Sabirin, 37, berkata, dia yang bekerja di salah sebuah kedai di bangunan  tersebut sudah muak dengan pelawaan pelacur warga China yang sering berkeliaran  di situ.

Katanya, dia selalu digoda oleh pelacur-pelacur  terbabit yang cuba menawarkan seks kepadanya tanpa langsung merasa takut atau  malu.

“Saya sudah tidak tahu nak cakap apa lagi  terhadap mereka ini.

“Pelacur-pelacur ini seolah-olah tidak takut  dengan undang-undang sehingga mereka berani menawarkan seks kepada sesiapa  sahaja yang ditemui,” katanya ketika ditemui TRP semasa melakukan tinjauan di kawasan berkenaan.

Sepanjang pemerhatian TRP selama satu jam di situ, pelacur-pelacur terbabit akan beralih  daripada seorang ke seorang hingga berjaya mendapat mangsanya.

Mereka akan menggunakan taktik menggoda dengan  cara mereka sendiri, antaranya cuba meraba pelanggan atau rela alat sulit atau  payudaranya diramas oleh si lelaki hidung belang.

Persoalannya, sejauh mana tahap kesihatan  pelacur-pelacur warga China terbabit yang dikongsi-kongsi oleh pelanggan mereka  yang juga terdiri daripada warga asing seperti lelaki Vietnam, Bangladesh,  Nepal, Indonesia dan sebagainya.

Ah Hock, seorang pekerja bengkel motor di situ  memberitahu, aktiviti pelacuran di situ seperti  tidak boleh dibendung meskipun pihak berkuasa pernah melakukan banyak  operasi.

Katanya, sejak dia bekerja di bengkel motor di  situ sejak 10 tahun lalu, lebih lima kali serbuan oleh pihak berkuasa dilakukan  pada sebelah malam yang pernah dilihatnya.

“Tempat ini hanya akan sepi paling lama pun  setengah bulan, lepas itu pelacur dan pondan ini akan menjalankan aktiviti  mereka semula.

“Mereka itu (pelacur) memang ada yang jaga.  Kalau kena tangkap mereka akan lepas semula dan muka mereka boleh dilihat bulan  depannya.

“Saya bukan mahu menuduh tapi ini mungkin ada  berlaku salah laku oleh penguatkuasa hingga menyebabkan mereka bebas dan kebal  dengan undang-undang di negara kita,” ujarnya.

Seorang kakitangan swasta yang ditemui dan  enggan dikenali berkata, dia pernah terlihat beberapa remaja melanggan pelacur  dan pondan yang beroperasi di situ.
Katanya, pelacur dan pondan terbabit tidak  memilih pelanggan mereka asalkan ada yang tergoda dengan pujuk rayu dan bersedia  memberikan wang, itu dikira rezeki mereka.

“Sedih saya lihat orang muda terutama anak  Melayu melanggan pelacur dan pondan ini.

“Mereka ini cuma tahu keseronokkan tanpa melihat  kesan yang akan ditanggung jika berlaku sesuatu pada diri mereka nanti,” katanya  lagi.

2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batman_2007 9-2-2015 04:07 PM
Pekerjaan tertua di dunia katanya..
Sampai mmpos ada lg agaknya..
Quote qronaldo7 9-2-2015 04:17 PM
murahnya RM 30 jek
Quote geraldsimy 9-2-2015 04:41 PM
hahaha dah jadi bkk lah
Quote Modngengade 9-2-2015 04:45 PM
tempat @Acong cikcur
Quote miss_baby 9-2-2015 04:46 PM

mcm beli prepaid jer rege
Quote ~anya~ 9-2-2015 04:46 PM
Sedih melihat orang muda terutama ANAK MELAYU melanggan pelacur dan pondan... well... what's new....
Quote Acong 9-2-2015 04:47 PM

ko ingat aku kemaruk cam laki ko? muka pecah rumah pun sanggup...... mungkin dia pun terpedaya sbb ko tu berbungkus cam nangka busuk  
Quote mattzzx 9-2-2015 04:50 PM
Pekerjaan yang paling tua di dunia....
Quote Modngengade 9-2-2015 04:51 PM
Acong replied at 9-2-2015 04:47 PM
ko ingat aku kemaruk cam laki ko? muka pecah rumah pun sanggup...... mungkin dia pun terpedaya sbb ...

haha tak mengaku lagi....
pulihkan dulu jerawat batu kau baru boleh berangan nk dpt awek cun...
kalau tidak kau cuma mampu mendampingi cikcur saja semurah rm30 sekali crett
Quote atekome 9-2-2015 04:52 PM
qronaldo7 replied at 9-2-2015 04:17 PM
murahnya RM 30 jek

Mmg murah..sbb dlu kt opis aku ade sorang pondan jd kerani temp..die sndiri cte kalo mlm minggu die mlacur dpt rm30 skali isap kt area cini..hihihi
Quote qronaldo7 9-2-2015 05:00 PM
atekome replied at 9-2-2015 04:52 PM
Mmg murah..sbb dlu kt opis aku ade sorang pondan jd kerani temp..die sndiri cte kalo mlm minggu di ...

what??? choii.. lawa ke nyah tu
Quote Acong 9-2-2015 05:01 PM
Modngengade replied at 9-2-2015 04:51 PM
haha tak mengaku lagi....
pulihkan dulu jerawat batu kau baru boleh berangan nk dpt awek cun...
...

@noor2   tolong........ ada org gila dok ikut ke hulu hilir  
Quote Loxlaxman 9-2-2015 05:01 PM
Itu kat Pudu .. korang patut tengok www.jbescort.com ni ... sempoi sampai mamai .. lingkup duit kerana poen.
Quote chickenwing 9-2-2015 05:01 PM
ooooo...baru tau.....kekdang tertanya2 juga....mat-mat bangla, nepal etc yg dtg keje sini mcm mana la agaknya huhuhuu.....
Quote cmf_premierleag 9-2-2015 05:15 PM
miss_baby replied at 9-2-2015 04:46 PM
mcm beli prepaid jer rege

so lps 1st april ni ada GST tak?
Quote atekome 9-2-2015 05:23 PM
qronaldo7 replied at 9-2-2015 05:00 PM
what??? choii.. lawa ke nyah tu

Muke biase je tp ble mlm pas make up blh tahan gak..plg ptg tetek beso gle..tp tu la rm30 yg tak menahan tuh..hihihi
Quote kaknab 9-2-2015 05:31 PM
tolong lah pihak berkuasa ambil tindakan undang2 setegas-tegasnya.

atau nk tunggu anak penguatkuasa pakat2 semua kena hiv kah? baru nk bertindak secara tegas.

china doll - pihak imegresen?

bapa/mak ayam - dakwa lah (polis) memperdagangkan manusia.

warga ponda - tangkap sumbat dalam satu tempat dipanggil pusat serenti pondan.
duduk di dalam tu aka mcm pusat serenti dadah jugak. kasi insof, kasi sedar, kasi agama, kasi pekerjaan, produktivi di dalam pusat tersebut. DARI DIBIARKAN BEBAS BERLELUASA MENAMBAH PENULARAN PENYAKIT HIV JAHHH...
Quote noor2 9-2-2015 05:32 PM
Acong replied at 9-2-2015 05:01 PM
@noor2   tolong........ ada org gila dok ikut ke hulu hilir

hihi................
Quote kerunai 10-2-2015 11:03 AM
fuh ..jalan pudu la pulak

diskaun brapa percent

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.064911 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top