CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Air Suam 80 Sen,Pakcik Naik Geram!

23-2-2015 09:41 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10815| Komen: 63

Air suam harga 80 sen?


"Bukan soal tak ada duit tetapi kalau air suam gelas kecil kena bayar 80 sen, itu namanya peniaga cekik darah pengguna,".

Nada sakit hati itu disuarakan oleh seorang guru, Aziz Arshad selepas membayar bil makanan di sebuah restoran bertaraf kopitiam.

Aziz juga berkata, peniaga seperti itu tidak wajar diberi lesen berniaga.

"Sangat melampau yang saya tak boleh nak luahkan. Sakit hati betul sebab kalau di hotel lima bintang pun air suam langsung tak kena caj.

"Minumlah berapa jag pun, satu sen pun tak masuk dalam bil. Ini cuma restoran biasa. Ada baiknya dia naikkan harga makanan biar kita tak sedar," katanya.

Jelasnya, harga 80 sen itu belum termasuk cukai perkhidmatan 10 peratus yang menjadikan harga sebenar 88 sen.

"Saya dah hidup 46 tahun dan ini kali pertama saya rasa seperti ditindas peniaga yang memang sengaja nak 'cekik' pengguna.

"Biarpun cuma 80 sen, ia cuma air suam kosong. Lebih baik beli air mineral botol yang harganya RM1," ujarnya.

Tambah Aziz lagi, pihak berkuasa perlu membuat pemantauan ke atas peniaga seperti ini untuk diambil tindakan.

"Kalau didiamkan perkara ini, peniaga cekik darah seperti ini akan terus bermaharaja lela menekan orang ramai," katanya. 


4

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 21-2-2015 08:58 PM
air tu ada campuran emas kut
Quote Anak_Nogori 21-2-2015 09:01 PM
Dia suruh pantau...nama kedai tak sebut.
Quote pittjie 21-2-2015 09:03 PM
kopitiam yg mana satu ni? old town? pak li? georgetown? teh tarik place? kluang station? aku rasa mcm pernah je kena caj 80sen tuk segelas air suam tp x ingat kt kopitiam mana. teh tarik place kut. situ mmg boleh thn rega dia laaa. maggi goreng pun tujuh hengget.
Quote MissNigga 21-2-2015 09:13 PM
kat section 7 ... mostly restoren letak air suam/kosong dalam bekas air yang besar... free flow...
Quote eiman 21-2-2015 09:16 PM
ni yg leceh kat sini, nama kedai tak mau kasi tau
camne nak boikot ..??
Quote Anak_Nogori 21-2-2015 09:21 PM
Kedai kat kajang
Quote TuntungReturn 21-2-2015 09:26 PM
rileks pak cik rileks
Quote Grengo 21-2-2015 09:28 PM
Massk air kan guna lektrik atau gas.... bukan tadah kat matahari..
Quote shuk_one 21-2-2015 09:41 PM
Dulu kena kat bangi kopitiam air suam 80sen..
Tak tau wujud lagi ke tak kopitiam tu..:
Quote dodolgemok 21-2-2015 09:44 PM
Anak_Nogori replied at 21-2-2015 09:01 PM
Dia suruh pantau...nama kedai tak sebut.

nnti menteri peberet ko hasan malik tu bukan pantau pon setakat gebang2 kat media.pastu menteri sekor lagi mail sabri paling kuat suruh boikot je.macai cam ko angguk2 telan air liur.pooodah

Quote exclusive_vvip 21-2-2015 09:45 PM
patut pakcik reveal resit tu sepenuhnya..biar org tau kopitiam mana...pastu jangankan air suam, semua foods n drinks pakcik leh dapat free setahun...sampai pakcik terpaksa puji melangit plak kopitiam tu...hihi
Quote damian_lee 21-2-2015 09:46 PM
me ... pernah keluar makan nga boss ... minum air mineral Acqua Pana ... satu botol 25++ .. rasa better minum air juice jer
Quote bobby2008 21-2-2015 09:52 PM
Ni yang aku menyampah ni, komplen bagai nak rak. Nama kedai tak letak, apa ko nak sebenarnya???
Quote bellaa 21-2-2015 09:54 PM
bekpes esok nak makan KOKO krunch.
ngidam pulak. hihik
Quote sekngucing 21-2-2015 09:57 PM
koko tu apa
Quote dubuk 21-2-2015 10:01 PM
wa syak tuan kedai nak letak seringgit tapi tak berani
Quote GhostWalking 21-2-2015 10:02 PM

Cuba tengok kat resit
Quote cemolot 21-2-2015 10:31 PM
shuk_one replied at 21-2-2015 09:41 PM
Dulu kena kat bangi kopitiam air suam 80sen..
Tak tau wujud lagi ke tak kopitiam tu..:

la ni rm1 dah.. serik dan taubat..
Quote aderaderker 21-2-2015 10:35 PM
Server nama Koko
Cashier nama Joe
Sila csi...

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.056441 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top