CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jaga Barang2 Hantaran Semasa Sibuk Kahwin

23-2-2015 04:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14059| Komen: 19

Jaga Barang2 Hantaran Semasa Sibuk Kahwin

Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Kemeriahan sebuah majlis resepsi perkahwinan yang berlangsung pada Hari Valentine baru-baru ini bertukar suram buat pasangan pengantin baru, Cia Cen Lim dan Rachel Sim apabila berlaku perkara yang tidak diduga.

Pasangan itu yang sedang menyambut tetamu di restoran Sutera Pekin, Johor Bahru sekitar pukul 7.50 petang dikejutkan dengan berita kehilangan kotak wang hadiah atau angpow perkahwinan mereka yang mengandungi kira-kira RM70,000.

“Kotak wang di kaunter dijaga oleh adik saya dan teman lelakinya yang menjaganya selama berjam-jam,” kata Cia.


Dia berkata wang telah dicuri apabila teman lelaki adiknya meninggalkan kaunter seketika untuk menyambut seorang tetamu.

Cia mendakwa, perhatian adiknya telah dialihkan oleh salah seorang suspek. Kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan rakaman perbuatan tiga orang lelaki yang mencurigakan
“Sementara adik saya melayan seorang suspek yang menyamar sebagai  tetamu, seorang lagi suspek lelaki pergi bawah meja untuk mencuri kotak angpow seperti yang dapat dilihat dalam rakaman CCTV itu,” kata pengantin lelaki tersebut.

Menurut Cia, ketiga-tiga suspek membawa beg hitam.

“Salah seorang daripada mereka telah pun berpura-pura menjadi seorang jurugambar, mengambil gambar tetamu manakala seorang lagi berpakaian sebagai pengawal keselamatan,” katanya.
Cia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Skudai tetapi kecewa dengan tindakan polis.

“Mereka telah meminta kami pula untuk melihat sekeliling restoran untuk petunjuk,” tambah Cia yang telah memberikan polis beratusan gambar dari malam itu.

Cia yang kecewa meminta jurugambar profesionalnya, Julius yang mengambil gambar di majils tersebut pada malam itu untuk berkongsi kisahnya di laman web media sosial, dengan harapan suspek-suspek tersebut dapat ditangkap. Mereka masih belum menerima sebarang maklumat daripada pihak polis atau orang awam mengenai nasib malang mereka.

Pengantin tersebut telah berbelanja sebanyak RM73,000 untuk majlis resepsi perkahwinan yang ketiga mereka.Majlis pertama telah diadakan di Adelaide, Australia diikuti dengan yang kedua di Kuching, Sarawak.


11

Bagus
19

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
6

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 23-2-2015 03:42 PM
angpow dapat sampai 70k. majlis 73k. kira2 mcm kuar 3k je utk blanje kawen
Quote gusikuberdarah 23-2-2015 03:48 PM
polis suruh mangsa cari petunjuk sndiri?

klu mangsa mmg kje csi xpe la gak..
Quote baby_pingu 23-2-2015 04:15 PM
kan dulu pun ada kes kan..yg kenduri kat umah..
kekunun tetamu..tp masuk umah curi brg hantaran..



lgpun skrg brg hantaran bukan main mahal2 lagik
Quote yusryimran 23-2-2015 04:17 PM
mcm2 cara orang nak curi ye
Quote CrowneGlory 23-2-2015 04:30 PM
Melayu pun ada yg kena dulu.. Curi duit hantaran kalau x silap
Quote elle_april 24-2-2015 01:54 PM
nurul_akmar replied at 23-2-2015 03:42 PM
angpow dapat sampai 70k. majlis 73k. kira2 mcm kuar 3k je utk blanje kawen

Majlis chinese mmg macam tu lah.. dorang buat majlis mesti balik modal siap untung. Angpau mesti kasi.

Orang melayu je yg harap lauk pauk pengantin kena kuar duit. Hujung2 kena bayar loan
Quote Modngengade 24-2-2015 01:57 PM
anggaplah sebagai angpow kpd pencuri tu..ahaksss
Quote ResellerMaxis 24-2-2015 01:59 PM
elle_april replied at 24-2-2015 01:54 PM
Majlis chinese mmg macam tu lah.. dorang buat majlis mesti balik modal siap untung. Angpau mesti k ...

orang melayu ada salam keruk apa..
Quote lululun 24-2-2015 02:03 PM
kesian... pening kepala depa nak bayar kos reception tu
Quote MsKathryn 24-2-2015 02:20 PM
pencuri ada dimana2..
Quote elle_april 24-2-2015 02:37 PM
ResellerMaxis replied at 24-2-2015 01:59 PM
orang melayu ada salam keruk apa..

orang melayu salam keruk bagi berapa? 50 paling banyak kot.. kalau tak kenal rm10 jek hehe..

tapi kalau chinese satu kepala kurang2 100.. tapi sume akan bagi

Quote kejoraria 24-2-2015 02:45 PM
org melayu kita niat utk bagi org mkn jer majoriti....sbb tu tak kisah dpt ker tak dpt masa salam tu
Quote batmana 24-2-2015 02:49 PM
aku suspek bf adiknya subahat la..
Quote jazaa 24-2-2015 02:52 PM
kau ni tak reti-reti nk check thread dah ada ke blm....


Dah basi lah cerita ni.....

:
Quote lavapuma 24-2-2015 02:54 PM
jazaa replied at 24-2-2015 02:52 PM
kau ni tak reti-reti nk check thread dah ada ke blm....

wa ada 136770 bigpoints AA....boleh pi mana ekk..??





Quote luvpierre 24-2-2015 03:07 PM
mana dia tahu kotak wang hadiah tu ada dlm rm 70,000?
dah kira siap2 ka
Quote kokocrunch 24-2-2015 03:27 PM
banyaknya dpt ang pow
Quote Al-Patih 25-2-2015 06:26 AM
berlaku dijdt...lapuran klompo....???.
Quote AbukRokok 25-2-2015 08:16 AM
kawin cina untung
kawin melayu je rugi

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.091121 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top