CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jual 40kg Pisang Cheese Sehari

24-2-2015 09:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19798| Komen: 125

Jual 40kg Pisang Cheese Sehari



RATNA menyiapkan tempahan pisang cheese.

Gombak: Pisang goreng keju atau lebih dikenali sebagai pisang ‘cheese’ semakin menjadi sebutan dalam kalangan orang ramai yang menganggapnya sebagai juadah enak apabila pisang goreng dinikmati dengan keju parut.

Bagi seorang peniaga, Ratna Dewi Mohamed Taib, 46, perniagaan pisang cheese yang dilakukan sejak enam bulan lalu seperti meniup semangat baru kepada dirinya untuk terus berkecimpung dalam perniagaan.

Ini kerana, dia sebelum ini melakukan pelbagai perniagaan termasuk menjahit, secara tiba-tiba menemui jalan buntu apabila kurang mendapat sambutan selain sukar memberi fokus.

Katanya, hidupnya ketika itu agak terdesak menyara lima anaknya selain mempunyai banyak komitmen terutama pembayaran pembiayaan bank.

“Saya ketika itu begitu terdesak dan mencari jalan bagaimana untuk melakukan perniagaan yang mampu menjana keuntungan dengan cepat. Disebabkan itu juga, saya berhenti seketika daripada perniagaan dan bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat, tetapi bertahan selama seminggu.

“Ia disebabkan semangat saya masih lagi mahu berniaga. Ketika berkunjung ke Jakarta, Indonesia, saya melihat ramai orang berniaga pisang cheese di bahu jalan. Namun ketika itu tidak terlintas untuk melakukan perkara sama.

“Selepas mendapatkan pandangan daripada rakan, saya kemudiannya mencuba berniaga pisang cheese menggunakan 10 kilogram (kg) pisang nangka dan tidak sangka mendapat sambutan,” katanya yang berniaga di Taman Selasih, di sini.

Bermula dari situ, Ratna Dewi kini menggoreng 40kg pisang nangka sehari untuk dibuat pisang cheese dan dia berpuas hati apabila perniagaan itu membuahkan hasil dalam tempoh tiga bulan berniaga.

Dia menggunakan kreativiti sendiri menghasilkan beberapa pisang cheese seperti oreo, chocolate rice dan chocolate fudge.

“Saya sejak dulu gemar berniaga dan apa yang menjadi semangat kuat timbul selepas arwah suami meninggal dunia. Ketika itu saya hilang tempat bergantung dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan terutama untuk menyara anak-anak,” katanya.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tipuware 24-2-2015 08:40 AM
aku tak suka versi pisang digoreng. aku lagi suka versi disalai. takde la rasa berminyak sangat masa makan. ..

dan seperti trend2 durian crepe, burger bakar, aiskrim pasu, red velvet.. giliran kejatuhan pisang cheese ni pun akan berlaku tak lama lagi
Quote Jagendas 24-2-2015 08:41 AM
fenomena mawi jugak ni
Quote cemp 24-2-2015 08:42 AM
tak berkesempatan lg nak rasa pisang cheese ni..
padahal ade je org jual..
sedap ke...tak muak ke hihi..
Quote harkktuih 24-2-2015 08:43 AM
aku tak paham celah mana yg sedap nyer pisang cheese nih..rasa biasa2 je kot..
Quote fifie_olin 24-2-2015 08:46 AM
aku pon x penah mkn...nmpk gak org jual tp x tegerak hati nk bli
Quote haruslah 24-2-2015 08:49 AM
sedap kalau pisang grg tu x berminyak

kalau minyak2 sgt nih

tp aku suka psg grg cis...homemade

#pisgocis
Quote Munnalicious 24-2-2015 08:52 AM
Dlu pnah teringin nak rasa pisang goreng cheese. Tp pabila dah melihat sendirian berhad rupa dia trus rasa mcm xlalu.
Quote nuralisa 24-2-2015 08:53 AM
aku lagi suka makan pisang goreng kosong jer..
takyah la cheese2 bagai..
Quote krieysa 24-2-2015 08:55 AM
calories overload...rela makan nasi n lauk pauk dari makan pisang cheese ni ..
Quote abangbikerz 24-2-2015 09:03 AM
Makanan taste pprt
Quote kokocrunch 24-2-2015 09:08 AM
belum berkesempatan merasai pisang cheese lg..
Quote ultra78 24-2-2015 09:10 AM
..waiting for the next big thing
Quote Orange1 24-2-2015 09:17 AM
Byk makanan bermusim ni yg aku belum sempat rasa.
Quote ctcham 24-2-2015 09:19 AM
jangan la kutuk2 kakak ni, ini usaha dia untuk majukan diri dan menangung anak-anak, dah la ibu tunggal, elok la dia berniaga dari dia mintak sedekah la mintak bantuan la, saya pernah mkn pisang goreng cheese, rasa mcm susu pun ada
Quote itik_kuning 24-2-2015 09:20 AM
dah lama makan kat indonesia pisang cheese ni. kat sini baru nak viral.
Quote ciwi1166 24-2-2015 09:21 AM
cheese ni cepat muak la..
Quote berun 24-2-2015 09:21 AM
cemp replied at 24-2-2015 12:42 AM
tak berkesempatan lg nak rasa pisang cheese ni..
padahal ade je org jual..
sedap ke...tak muak ke  ...

skng ni pisang cheese dah bosan org skng nk mkn karipap yang dihidangkan untuk saiful je
Quote berun 24-2-2015 09:23 AM
secara jujurlah, Malaysia ni hanya hangat-hangat tahi ayam je. orang niaga ayam crispy sibuk niaga. niaga jagung bakar sibuk niaga. niaga burger bakar sibuk juga. pastu pisang plak dah lah mahal! eh sedar sikit tapak pun xda sewa pastu jual mahal..... (Luahan pengguna)
Quote mamapea 24-2-2015 09:24 AM
tgk pd org yg jual jugak..kt rumah aku ada 2 org jual..sorang jual cheese kedekut giler..sorang lg jual cheese mmg bnyk..mmg puas hati la mkn..rasa sedap jer..pisang tu xde pun berminyak..tgk jenis pisang jugak..

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.067716 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top