CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jakim Sahkan Dua Produk Sos As Halal

3-3-2015 10:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5731| Komen: 2

Jakim sahkan dua produk sos AS halal


Surat yang dikeluarkan oleh Jakim pada 31 Oktober 2011 yang menyatakan dua  produk berkenaan adalah haram untuk umat Islam di negara ini telah dibatalkan. 

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini  mengesahkan dua jenis produk sos yang diproses dan dikilangkan mendapat  persijilan halal daripada badan persijilan yang diiktiraf di Amerika Syarikat  .

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd  Yusoff menjelaskan orang ramai agar jangan keliru dengan penyebaran surat  daripada Jakim bertarikh 31 Oktober 2011 berkenaan status halal produk sos HP  dan sos Tabasco.

Menurutnya, sos jenama tersebut telahpun  mendapat persijilan halal daripada badan induk halal, Islamic Food and Nutrition  Council (IFANCA), Amerika Syarikat yang mana badan persijilan luar negara ini  juga adalah antara badan induk persijilan halal yang telah diiktiraf oleh  Jakim.


“Pegawai Hab Halal telah meninjau kilang  pemprosesan sos tersebut di Amerika Syarikat dan menjalankan dua ujian serentak  daripada sampel diambil di kilang untuk ujian makmal oleh IFANCA dan Jakim.

“Daripada ujian makmal yang dilakukan di Jabatan  Kimia Malaysia, kami mendapati tiada bahan yang meragukan terkandung dalam dua  produk terbabit,” ujarnya.

Laman facebook Bahagian Hab Halal juga membuat  pengesahan bahawa dua produk berkenaan mempunyai sijil halal antarabangsa.

Ditanya mengenai ketiadaan logo halal Jakim pada  botol produk berkenaan, Hakimah menjelaskan mana-mana produk yang dimport dari  luar negara yang mempunyai persijilan halal diiktiraf oleh badan induk  persijilan halal sebagaimana yang dipersetujui oleh negara-negara Pertubuhan  Kerjasama Islam (OIC) adalah disahkan halal.

“Jika produk yang diimport mempunyai persijilan  halal daripada badan induk persijilan halal yang diiktiraf oleh negara OIC atau  Jakim, secara tidak langsung ia adalah halal untuk kegunaan umat Islam di  mana-mana negara.

“Kebiasaannya syarikat pengilang di luar negara  akan lebih berminat untuk memohon persijilan halal di negara mereka,” katanya.

Dimaklumkan sehingga kini terdapat 57 badan  induk persijilan halal negara OIC dan 33 badan induk persijilan halal bukan  negara Islam dan sejumlah 16 Badan Induk Persijilan yang diiktiraf Jakim.

Di Amerika Syarikat, terdapat dua badan induk  persijilan halal iaitu IFANCA dan Islamic Services of America (ISA) yang mana  badan persijilan halalnya diiktiraf Jakim.

Orang ramai disaran agar melayari laman web  Jakim untuk mengetahui badan-badan persijilan halal dan persijilan halal yang  disahkan oleh jabatan itu.
32

Bagus
21

Marah
50

Terkejut
27

Sedih
42

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (203 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stania83 2-3-2015 05:09 PM
Jakim pakai tech ape nak cek halal ke tidak? Ada lab ya?
Quote mattzzx 2-3-2015 05:27 PM
Nape lah Jakim tak update status halal sesuatu produk tu???

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.472654 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top