KEADAAN sekitar tempat tinggal Yusof. Gambar kecil, Yusof menunjukkan kad pengenalan merah miliknya. Melaka: Biarpun dikelilingi kekotoran dan bau busuk sampah-sarap, seorang warga emas dari Indonesia yang berstatus penduduk tetap (PR) sanggup tidur di atas longgokan sampah sejak 30 tahun lalu demi mahu meneruskan kehidupan di sini. Yusof Lasam, 70, tidur hanya beralas kain dan kotak terbuang dalam sebuah bangsal usang yang dijadikan tempat berteduh. Menurut Yusof, dia tidak pernah menikmati kemudahan bekalan elektrik malah segala keperluan air diangkutnya dari kawasan perumahan berhampiran. “Dulu, saya pernah guna lilin dan pelita sebagai penerang pada waktu malam namun sejak peristiwa badan hampir terbakar dalam satu kejadian kebakaran, saya tidak berani menggunakannya lagi dan sekarang cuma guna lampu suluh saja. “Kemudahan air pula diangkut menggunakan botol dari kawasan perumahan berhampiran,” katanya ketika ditemui di tapak pembuangan sampah haram di Jalan Panjang, Banda Hilir, di sini, semalam.
|
ADVERTISEMENT