CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Akan Bawa Mesej Himpunan Ke Penjara' #kitalawan

9-3-2015 12:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2682| Komen: 6

'Saya Akan Bawa Mesej Himpunan Ke Penjara'


KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau akan membawa 'mesej' rakyat yang berhimpun di #kitalawan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara.‎

Jelasnya, dengan ribuan rakyat yang hadir di perhimpunan itu hari ini, menunjukkan rakyat belum lupa lagi kepada Anwar, dan mesej 'sokongan' itulah yang akan dibawanya nanti.

"Saya akan bawa mesej rakyat berkumpul hari ini kepada Anwar di penjara petang ini juga.

"Orang tak lupa Anwar. Hari ini kita lihat lautan manusia menentang ketidakadilan," dakwanya kepada penyokong Anwar yang berkumpul di hadapan Kompleks Sogo, hari ini.

Sebelum itu kira-kira 2,000 penyokong Anwar berkumpul di hadapan Kompleks Sogo untuk menyatakan ketidakpuashatian.

Sekumpulan penyokong Anwar juga sebelum itu ada yang berarak dari Masjid Jamek, Pasar Seni, Menara Maybank dan Ibu Pejabat Pas.

Pemimpin pembangkang yang turut serta dalam himpunan tanpa kebenaran #kitalawan termasuk Naib Presiden PKR, Tian Chua, Shamsul Iskandar, Nurul Izzah Anwar, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat dan peguam, Ambiga.

Selepas menyatakan solidariti di hadapan Sogo, mereka berarak pula ke Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Sementara itu, Nurul Izzah Anwar berkata perjuangan oleh penyokong Anwar bukan untuk Anwar sahaja tetapi untuk rakyat menentang kezaliman.

"Kita akan terus tuntut menentang kezaliman dan seperti kata-kata Anwar sebelum masuk penjara, "We Never Surrender"," ujarnya.

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Knowlee 7-3-2015 06:44 PM
So, how about yg tak menyokong? Bukan penyokong anuwat je yg hidup kat Malaysia ni. Bullshit la diorg ni.
Quote miabebe 7-3-2015 07:06 PM
2000 je tinggal..?.biar betul..nape sikit bebeno
Quote mak_wa95 7-3-2015 07:14 PM
awat xtulis 50 je
Quote girlspretty 7-3-2015 08:25 PM
Buat kacau jer...:
Quote girlspretty 7-3-2015 08:25 PM
Buat kacau jer...:
Quote PEPPERMAN 7-3-2015 08:28 PM
biarlah Anwar berehat dalam penjara tu... Take it positively.. kalau dia d luar, tentu dia sibuk ceramah sana sini..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.037804 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top