CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Mengapa Wanita Berlaku Curang?

9-3-2015 05:31 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2367| Komen: 1

LadyLista - Alam perkahwinan itu memang sangat indah, namun kecewa tatkala mengetahui isteri anda menduakan hubungan rumahtangga yang dibina, memang cukup menyakitkan hati dan melukakan perasaan. Tak tahu dimana silapnya namun si isteri tetap sahaja menduakan dan menghancurkan rumah tangga yang dibina atas dasar cinta. Seperti kaca yang terhempas, keretakaan itu sakit dan sulit untuk di cantum kembali. Namun, pernah anda terfikir kenapa si dia curang? Apakah selama ini anda tidak mampu memberikan kebahagian kepada dia? Terdapat kajian yang menyatakan wanita Malaysia menduduki tangga ketiga sebagai wanita yang paling curang di dunia. Bahayanya!

Sebab Wanita Curang

Masalah Kewangan
Apabila sesebuah keluarga itu berhadapan dengan masalah kewangan, proses komunikasi di antara suami isteri akan bertambah rumit. Isteri akan terasa terbeban sehingga menyebabkan tekanan perasaan berlaku sehingga memilih untuk menduakan suaminya. Mungkin yang baru dapat beri lebih dari apa yang si dia dapat dari kamu.


Balas Dendam
Kaum wanita sebenarnya lebih kuat memendam perasaan mereka berbanding lelaki. Jika suami pernah berlaku curang, rasa sakit hati, marah, kecewa yang dipendam hasil dari kecurangan yang dilakukan suami akan menjadi dendam. Untuk menghilangkan segala perasaan yang dipendam, wanita yang pernah dicurangi biasanya lebih berkemungkinan membalas semula apa yang telah dilakukan terhadap dirinya.

Hilang Persefahaman
Jika tiada persefahaman, kerap bergaduh untuk hal yang remeh dan gemar melukakan hatinya, wanita akan mula berasa bosan dan mula berniat untuk mencari yang lain. Kadang kala bukan mereka yang mencari, tetapi mungkin peluang terbuka didepan mata.

Terlalu Sibuk Dengan Kerjaya
Bagi isteri yang bergelar suri rumah sepenuh masa pula akan berasa tertekan dengan tindakan suaminya yang terlalu sibuk dengan kerjanya. Jadi tidak hairanlah, jika isteri yang sanggup mencari peneman di laman sosial di kala kesunyian.

Naluri Liar
Seperti lelaki, kaum wanita juga sebenarnya mempunyai naluri liarnya sendiri. Walaupun naluri liar tersebut tersembunyi dibalik kelembutan dan sopan santun wanita namun jika keadaan tidak seperti yang dimahukan, naluri tersebut pasti akan memberontak dan menunjukkan kehebatannya. Iyalah, jika lelaki boleh, kenapa tidak wanita. Fikirkan ya.

Suami Mementingkan Diri
Jangan terlalu pentingkan diri sehingga hati isteri anda terluka. Cuba belajar untuk menghargai dirinya.

Terlalu Ego
Cubalah buang sedikit perasaan ego dan sesekali anda pula beralah demi menjaga hati orang tersayang. Tak bawa ke mana sebuah hubungan itu jika ego terlalu tinggi.

Tidak Puas Seks
Rata-rata lelaki sebenarnya mengambil remeh tentang ini. Wanita sebenarnya ingin merasa dirinya diperlukan dan dihargai oleh pasangan. Janganlah pada awal perkahwinan sahaja ada rasa ‘geram’ dekat isteri, tetapi bila dah lama isteri mahu bermanja pun marah. Sebab itu wanita curang.

Kemesraan Semakin Hambar
Wanita mempunyai naluri yang suka dimanja dan dipuji walaupun tak ditunjukkan secara zahir. Sikap suami yang dirasakan kurang melayani dirinya membuatkan wanita mudah tergoda dengan kemesraan dari luar, misalnya dari rakan sekerja ataupun kenalan barunya.

 





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote ajunara 10-3-2015 05:17 PM
tapi kena tau gak ...perempuan ada 9 nafsu 1 akal yang sepatutnya dibimbing oleh lelaki yang ada 9 akal dan 1 nafsu...

Lihat semua komen(1)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.024801 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top