Kar Hing (kanan) yang meninjau lokasi kubur ditenggelami banjir bersama Zainudin dan Daud (kiri). IPOH – Waris dan keluarga di tanah perkuburan Kampung Sengat, di sini bimbang dengan situasi banjir kilat yang sering melanda di kawasan itu apabila beberapa kubur mula ditenggelami air. Situasi berkenaan dikatakan berlaku sejak lima tahun kebelakangan ini terutama musim hujan membabitkan beberapa kubur yang berada pada kedudukan rendah. Seorang penduduk, Zainudin Mohamad, 66, berkata, kekerapan banjir di kawasan itu ada kalanya hingga mengakibatkan batu nisan turut tenggelam. Menurutnya, situasi itu sedikit sebanyak mencacatkan pemandangan di tanah perkuburan yang sudahpun berusia lebih 50 tahun. “Kadang-kadang air bertakung, ada juga satu dua kubur yang tenggelam, jadi kita tengok pun tidak begitu rasa seronok, lagi pula sekarang selalu hujan,” katanya. Zainudin berkata, pihaknya mengakui situasi itu berlaku kerana ketiadaan saluran air yang sistematik. Katanya, longkang yang dibina sebelum ini tidak mampu untuk mengalirkan air hujan apabila ditambak menjadikan keududkannya lebih tinggi berbanding asal. Seorang lagi penduduk, Daud Rais, 66, berkata, terdapat projek pembinaan perumahan yang sedang beroperasi tidak jauh dari lokasi tanah perkuburan itu. “Bila dah tambak beberapa kawasan, jadi lokasi yang menempatkan kubur-kubur lama ni jadi rendah, sebab tu air selalu bertakung, tambah pula tak ada longkang, dulu tu cuma gali biasa sahaja,” katanya. Justeru katanya, bagi mengelak situasi sama terus berulang, pembinaan sistem perparitan yang sistematik adalah perlu. Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing yang meninjau keadaan berkata, situasi seumpama itu tidak sewajarnya berlaku dan langkah penyelesaian segera akan diambil. Beliau berkata, pihaknya akan membawa isu berkenaan kepada Pejabat Tanah dan Daerah serta Jabatan Agama Islam Perak untuk tindakan lanjut. “Saya faham, puasa dan hari raya sudah hampir, umat Islam biasanya akan mengunjungi pusara waris masing-masing, jadi kita akan cuba ambil jalan penyelesaian sebelum musim perayaan tiba,”
|
5
Bagus |
4
Marah |
6
Terkejut |
3
Sedih |
7
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Peterpan17 posted on 11-6-2013 01:58 PM
Mula buka cerita mcm2 Mastika ni majalah sampah. Penuh dgn cerita2 khurafat. Yg aku tak blh tahan ...
ogata posted on 11-6-2013 02:31 PM
kebanyakan tanah yg d wakaf kan utk jd kubur ni pada pandangan aku la..tanah yg kurang sikit...cth ...
Peterpan17 posted on 11-6-2013 02:37 PM
Aku faham tp ko tau tau sajalah Mastika ni. Mula cerita2 merepek durang keluarkan. Tanah kubur aru ...
ogata posted on 11-6-2013 02:43 PM
ni belum lagi kes Tanah kubur kampung kwn aku di tepi sungai..ko magine la bila air pasang tambah ...
ADVERTISEMENT