LadyLista- Memang bagus kalau dapat merasai satu pengalaman baru dalam hidup. Merantau dan mengembara ke negara-negara luar memberi anda pilihan untuk tinggal di hotel-hotel yang tidak anda jangka.Berikut merupakan 5 hotel paling pelik dalam sejarah desainnya. Yang mana pilihan anda?
1. Dog Bark Park inn Jika anda memang sayang sangat kepada haiwan khususnya anjing, dan tak pelik lah jika kamu boleh tinggal di hotel berdesainkan bentuk anjing ini. Desain ini memuatkan 4 orang. Dengan kesederhanaan, pengunjung disediakan pemanas, mikrowave, buku serta permainan board. Tiada Tv ataupun smartphone, mereka mementingkan alam semulajadi.
2.Das park Hotel kamu semua dijemput untuk tinggal di paip saliran dan pasti anda suka kerana ia dilengkapi dengan kesemua kelengkapan yang anda inginkan.Cuba satu sahaja yang kurang untuk hotel jenis bilik saliran ini. Tiada tandas didalam setiap paip, jadi pengguna harus membayar tandas setiap kali mahu menggunakannya. 3.CasAnus Baca betul-betul nama hotel ini dan anda pastinya dapat melihat idea disebalik desain bagunan ini. Ia terhasil daripada usus. Namun jangan pelik kerana, ia dilengkapi semua kemudahan yang dinginkan oleh semua pengembara. 4.The Hobbit Motel Seperti dalam cerita kebanyakkan orang kerdil. Hobbit Motel ini terletak di Woodlyn Park,New Zealand. Anda boleh mengecam motel ini kerana bumbungnya diperbuat dari tanah dan dipenuhi rumput hijau. 5.Null Stern Hotel Switzerland merupakan negara yang kaya yang banyak menawarkan hotel bertaraf 5 bintang. Namun di Appenzellerland terdapat hotel 0 bintang. Tiada tingkap kerana ia dibina sewaktu zaman perang. Hotel tiada bintang ini menduduki carta 100 hotel di Eropah yang menawarkan sejarah lampau yang hebat. |
ADVERTISEMENT