Kerapu Rm10k Sebesar Gergasi Berjaya Ditangkap Di Miri
Miri: Seekor ikan kerapu bersaiz luar biasa dengan berat 168 kilogram berjaya ditangkap nelayan di perairan Tukau, di sini, kelmarin. Ikan kerapu yang dijual lebih RM10,000 itu menjadi rebutan pengusaha restoran di bandar ini selain turut menjadi tumpuan orang ramai yang tidak melepaskan peluang melihat ikan bersaiz luar biasa terbabit. Pembeli bertuah yang juga pengusaha makanan laut, Ah Tai Chian, 55, berkata, dia gembira apabila berjaya membeli ikan kerapu itu walaupun terpaksa berebut dengan pengusaha restoran lain. “Ramai yang tidak ingin melepaskan peluang membeli ikan ini kerana ia satu yang pelik dan dipercayai membawa tuah kepada pembeli serta orang yang memakannya. “Saya tidak kisah walaupun terpaksa menghabiskan wang ribuan ringgit asalkan ikan ini menjadi milik saya,” katanya ketika dihubungi, semalam. KERAPU yang berjaya dipancing di kawasan perairan Tukau, Miri.
|
23
Bagus |
18
Marah |
23
Terkejut |
22
Sedih |
19
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MengkuduMasam replied at 18-3-2015 09:14 AM
nasib nelayan yg bawak naik
bagi pemancing2.. tolong laa amalkan catch & release method...
encikWawad replied at 18-3-2015 07:40 AM
Dah besar gedabak camtu - masih ke sedap di makan?
Mr.Virus replied at 18-3-2015 10:08 AM
harap2 dapat dikongsikan dengan jiran2 la ya..kalo 1 family makan tu memang tak habis
ADVERTISEMENT