![]() ![]() Microsoft turut mengatakan mereka akan menawarkan sokongan untuk pengguna Xiaomi Mi4 yang menggunakan Windows 10 pada telefon mereka. Sejumlah pengguna akan dipilih untuk menyertai Windows 10 Technical Preview, sekaligus membolehkan mereka mencubanya terlebih dahulu. Ia juga dikatakan Xiaomi Mi4 akan membawakan sokongan untuk memasang Android dan Windows Phone 10 padanya. Buat masa ini, Xiaomi telah mengatakan Mi4 tidak akan ditawarkan di Malaysia, dan mungkin ujian ini lebih ditujukan kepada para pengguna di China – apatah lagi dengan penawaran Cortana dengan sokongan bahasa Mandarin. Walaubagaimanapun, Xiaomi tidak akan mengeluarkan sebarang peranti berasaskan Windows buat masa ini.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
22-2-2026 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.029129 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.