‘X-Files’ Kembali Selepas 13 Tahun ‘Berehat’ LOS ANGELES, 25 Mac : Rancangan televisyen berkonsepkan fiksyen ‘X-Files’ kembali untuk enam episod baru, 13 tahun selepas David Duchovny dan Gillian Anderson beraksi sebagai watak utamanya, agen Fox Mulder dan Dana Scully. Siri televisyen yang pernah memenangi anugerah Emmy sebanyak 16 kali dan lima anugerah Golden Globe ini telah ditayangkan selama sembilan musim, atau lebih 200 episod antara tahun 1993 hingga 2002. Popular dengan tayangan di pelbagai negara di seluruh dunia, menurut penerbitnya Fox, siri televisyen itu akan kembali ditayangkan pada musim panas ini dengan bintang asal. “Saya fikir ia (rancangan) berhenti untuk ‘iklan komersial’ selama 13 tahun,” kata Chris Carter, pencipta dan penerbit eksekutif untuk X-Files. Siri ini mengikuti pengembaraan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) agen Scully dan Mulder, yang ditugaskan menyiasat kes-kes misteri dan fenomena paranormal.
|
nikaido replied at 25-3-2015 12:10 PM
skrg memang duk tengok x-files dkt hits channel. lakonan david kaku giler. selaku agen fbi fox mulde ...
miabebe replied at 25-3-2015 12:29 PM
Peberet miabebe nih......dulu kini n slamanya..tp bila dah start episode ngarot government conspirac ...
ADVERTISEMENT