|
Vine merupakan perkhidmatan milik Twitter yang membolehkan pengguna berkongsi video sepanjang 6 saat dalam bentuk segi empat-sama. Pelbagai video kreatif yang sering dikongsikan penggunanya, yang boleh diakses menggunakan web, ataupun melalui iPhone atau peranti Android. Vine sehingga kini hanya menyokong video dengan paparan resolusi 480p sahaja, dan perkara tersebut akan berubah mulai hari ini. Vine mengatakan pengguna boleh memuat-naik video pada kadar resolusi 720p, sekaligus menjadikan paparan setiap video pada perkhidmatan tersebut lebih cantik berbanding kebiasaan.
Fungsi ini akan diaktifkan kepada pengguna iOS terlebih dahulu, dan Vine mengatakan sokongan memuat-naik video pada resolusi tinggi untuk pengguna Android “akan datang” tanpa memberikan sebarang info berkaitan masa pengenalannya. kredit:www.amanz.my |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
21-2-2026 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.097624 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.