Ladylista - Pada 2 April 2015 bertempat di Hotel Double Tree by Hilton, Kuala Lumpur telah berlangsung satu upacara gilang-gemilang dan sangat bersejarah buat pelakon, penyanyi dan pengacara jelita yang tidak asing lagi iaitu Sarimah Ibrahim, 37, bersama pilihan hatinya Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42. Dengan sekali lafaz Sarimah sah bergelar isteri kepada Tunku Nadzimuddin atau lebih mesra dipanggil Tunku Jamie yang juga merupakan kerabat diraja Negeri Sembilan, cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-10. Sarimah menerima mas kahwin sebanyak RM6,000 dan tujuh dulang hantaran dari pihak pengantin lelaki. Perkahwinan ini bukanlah perkahwinan pertama mereka kerana Tunku Jamie berstatus duda dan Sarimah juga pernah berkahwin pada 2006 namun jodoh tidak panjang dan bercerai pada 2008. Sama-sama kita doakan semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke syurga dan dikurniakan anak anak yang comel seperti mereka. Sama cantik sama padan. Jom kita lihat foto-foto hari bahagia mereka
|
ADVERTISEMENT