Ayam Goreng Rm1 Walaupun Gst Dilaksanakan? Zamrul puas sediakan makanan ayam goreng berharga RM1 buat pelanggannya. BIAR tak banyak untung tetapi boleh gembirakan semua orang,” kata seorang peniaga ayam goreng yang berharga RM1. Zamrul Nayan, 37, menjual ayam goreng berdekatan Petronas Taman berkata, walaupun pelbagai jenis perniagaan lain boleh diceburi namun dia memilih untuk menjual ayam goreng RM1. Menurutnya, harga yang murah itu membolehkan orang ramai menikmati ayam goreng tersebut pada bila-bila masa dan tidak membebankan mereka. “Sekarang harga barang memang semakin meningkat, namun saya lebih gembira melihat orang lain turut sama dapat menikmati keenakan ayam goreng ini. “Setiap hari saya akan goreng sebanyak 300 ketul ayam untuk dijual kepada pelanggan,” katanya kepada Sinar Harian. Tambahnya, walaupun harganya murah namun kualiti dan keenakan rasa ayam goreng tersebut masih dijaga. “Memang murah namun sesiapa yang membelinya berbaloi sebab kebanyakannya pelanggan tetap dan yang ingin mencuba,” katanya. Zamrul berkata, perniagaannya itu beroperasi pada jam 3 petang sehingga 10 malam pada setiap hari dan hasil jualan tersebut mampu menampung kehidupannya sekeluarga. “Hasil jualan ayam goreng ini memang banyak membantu dan menampung kehidupan saya sekeluarga, saya juga memang bekerja sepenuh masa menjual ayam goreng ini,” katanya. --SinarHarian
|
13
Bagus |
19
Marah |
6
Terkejut |
5
Sedih |
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dino replied at 7-4-2015 02:28 PM
tolak kos segala pndpt die lg besar dr yg makan gj
TuntungReturn replied at 7-4-2015 02:32 PM
klo ikot kiraan aku die mmpu untung dlm rm3 bersih seekor ayam tolak minyak, gas dll.kalao seari 3 ...
lavabutang replied at 7-4-2015 02:35 PM
nampak sangat lu fail matematik...
TuntungReturn replied at 7-4-2015 02:36 PM
lu jual ayam lebih baik dri jaga cc. kurang2 lu bleh sembang lagi kencang
perang_sivil replied at 7-4-2015 02:38 PM
saya tak makan haiwan berdarah, sebab dah sign petisyen PETA untuk menjadi vegan selama setahun.
lavabutang replied at 7-4-2015 02:41 PM
tak tau menikmati hidup lu ni...lawan ayat quran pulak tu...
TuntungReturn replied at 7-4-2015 02:30 PM
kt kedah perlis ade ayam rm1. ayam rm1 x kn saiz mcm kfc.phm2 je la
perang_sivil replied at 7-4-2015 02:43 PM
berpuasa setahun tak makan daging...
lavabutang replied at 7-4-2015 02:44 PM
jgn suka suki haramkan apa yang disuruh Allah swt.
setahun ka..sebulan ka...sejam ka.
ADVERTISEMENT