CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Restoran Melayu buka mata Mat Salleh di Zurich!

8-4-2015 12:29 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 17683| Komen: 135



‘HEBAT dan membanggakan’ apabila sebuah restoran jati anak Melayu berjaya menerobos cita rasa Mat Salleh di bumi Zurich, Switzerland sehinggakan berjaya menjadi antara restoran pilihan dan popular di bumi Eropah.

Apa yang lebih mengkagumkan restoran tersebut dinobatkan sebagai restoran nombor satu selama tiga bulan pada tahun 2014 oleh portal Tripadvisor, mengalahkan lebih 1,400 restoran sekitar Zurich.

Malahan, My Kitchen sekarang menjadi satu ikon utama restoran halal, Melayu dan makanan Asia di Eropah.

Pemiliknya, Zamri Ismail, 49, berkata antara punca pencapaian tersebut adalah kerana cita rasa masakan Melayu asli serasi dengan selera antarabangsa.

“Roti canai, rendang, teh tarik, nasi lemak, ikan pais, sate ayam antara pilihan utama mereka. Kami benar-benar terkejut dengan sambutan tersebut, rupa-rupanya mereka suka masakan Melayu asli.


Pencapaian itu, katanya telah menyebabkan pihak akhbar tempatan Zurich dan pengkritik restoran temu ramah dia sebanyak 2 kali dan menyiarkan artikel yang berjudul ‘kenapa masyarakat perlu pergi ke restorannya’.

Restoran yang menyajikan makanan Melayu halal itu, turut menjadi pilihan semua generasi termasuk ahli korporat, pelajar dan pelancong, selain kerabat diraja yang melawat Zurich.

“Ada yang terkejut ada restoran anak Melayu di Zurich, terutama pelancong dari Malaysia.

“Selain itu pengunjung ke restoran kami adalah warga antarabangsa dari seluruh pelusuk dunia dan ada yang belum melawat Malaysia atau merasa makanan Malaysia. Mereka kagum dengan konsep ‘we make you feel at home’,” katanya.

Dalam pada itu katanya, selain masakan utamanya seperti nasi lemak, dia turut menyediakan kuih-kuih tradisional Melayu.

Kuih ketayap dan sagu gula melaka menjadi kegemaran masyarakat antarabangsa sebagai pilihan pencuci mulut.

My Kitchen ditubuhkan pada tahun 2008 di bumi Zurich bermula dengan konsep 'take a way' dan ianya diubahsuai pada awal 2014 kepada konsep restoren atas permintaan pelanggan setia.

Pasangan yang telah lebih 17 tahun mencari rezeki di bumi Switzerland turut berkongsi pengalaman pelanggan mereka menerusi laman Facebook 'My Kitchen Zurich'.

Bagi pemiliknya, sebagai anak Melayu dan Malaysia dia berbangga dengan pencapaiannya dan berharap anak Melayu lain di tanah air menanam ‘niat’ yang sama dengannya.

Baginya, anak Melayu boleh berjaya walau di mana mereka berada, yang penting kesungguhan dan semangat yang tinggi.

4

Bagus
7

Marah
17

Terkejut
14

Sedih
16

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 7-4-2015 09:11 PM

Antara pengunjung tempatan yang menjamu selera di Restoran  My Kitchen


Zamri menunjukkan bahan-bahan mentah yang digunakan untuk memasak di restorannya


Norsalina menunjukkan pisang goreng yang dijual di My Kitchen


Zamri (kiri) bersama beberapa pengunjung dihadapan Restoran My Kitchen


My Kitchen turut mendapat liputan akhbar tempatan

Quote kelip2_07 7-4-2015 09:14 PM
Wah hbt la..bkn sng nk berjaya..nk lg kt tmpt org..
Quote Changa 7-4-2015 09:16 PM
Tahniah sis.....
Quote cmf_WonBin 7-4-2015 09:17 PM
Kau berjaya kat Swaziland sebab kat sana takda melayu PPRT pegi ambik jampi dan santau supaya restoran kau lingkup
Quote rospinki 7-4-2015 09:18 PM
tak lama gemuk2 la org zurich
Quote mawar_pink 7-4-2015 09:19 PM
Hebat2...bkn senang org nk suke masakan melayu..
Quote spiderman80 7-4-2015 09:19 PM
Beribu-ribu tahniah Encik Zamri. Awak berjaya membawakan nama negara ke luar negara.


Akhir tahun ni Spidey dan isteri akan melancong ke Zurich maybe akan bersinggah restoran Encik Zamri. Bagi discount untuk Spidey ya?
Quote primemova 7-4-2015 09:21 PM
Swaziland ke switzerland?   sesapa rajin cuba tepek youtube mamak tebar roti canai terbang... Only in malaysia...
Quote mayakaren 7-4-2015 09:22 PM
Very authentic..
Quote TuntungReturn 7-4-2015 09:25 PM
cmf_WonBin replied at 7-4-2015 09:17 PM
Kau berjaya kat Swaziland sebab kat sana takda melayu PPRT pegi ambik jampi dan santau supaya restor ...

bang swaziland tu negara afrika
Quote sgbuloh 7-4-2015 09:31 PM
wah.. dia tebar roti canai guna sarung tangan.

tak pernah aku tengok kat bumi malaysia ni.
Quote famri7 7-4-2015 09:53 PM
well done sis. Asalkan buat kurang pedas ummah kokeshen lantak semua jah.
Quote Maideen. 7-4-2015 10:12 PM
Now only the Swiss people know we are who!
Quote Orange1 7-4-2015 10:21 PM
Maideen. replied at 7-4-2015 10:12 PM
Now only the Swiss people know we are who!

Adoiiiii...lawakknya Maideenn Apa kesahhh di sebalik sepotonggg ayattt ni?
Quote CrowneGlory 7-4-2015 10:26 PM
Bagus la x ragu2 halal...
Quote mesmerize 7-4-2015 10:27 PM
mesti roti canai sekeping dia berharga CHF10 bersamaan RM40
Quote imransulaiman 7-4-2015 10:34 PM
Hikmah berhijrah and being different

Quote lavabutang 7-4-2015 10:50 PM
imransulaiman replied at 7-4-2015 10:34 PM
Hikmah berhijrah and being different

ala...wa takyah hijrah pun ada company kat 4 negera luar..

2 bulan sekali pi cek sambil makan angin.








Quote wafenaulia 7-4-2015 10:50 PM
tak lama ali abd jalil pulak buka kt sweeden

Lihat semua komen(135)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.055889 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top