Guru KAFA Menangis Ketika Sidang DUN Selangor Ekhsan turut menarik perhatian para media apabila menitiskan air mara kerana tersentuh mengenangkan nasibnya dan rakan guru KAFA yang lain.Ekhsan turut menarik perhatian para media apabila menitiskan air mara kerana tersentuh mengenangkan nasibnya dan rakan guru KAFA yang lain. SHAH ALAM: Ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sedang berlangsung, seorang guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) tampil mendesak kerajaan negeri supaya menaikkan elaun daripada RM1,300 kepada RM1,500 seperti yang dijanjikan sebelum ini. Menurut Ekhsan Bukharee Badarul Hisham, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) hanya menabur janji manis kononnya bakal menaikkan elaun terhadap guru KAFA, sebaliknya hanya untuk meraih undi pada Pilihan Raya Umum (PRU13) yang lalu. Jelasnya, guru KAFA di negeri itu sehingga kini masih berpendapatan di bawah golongan miskin. "Sudah sekian lama kami ternanti-nanti hasil perbincangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) agar dinaikkan elaun. "Mungkin ada yang beranggapan kami sekadar mengajar Alif, Ba, Ta di sekolah, bekerja hanya 5 jam sehari dari jam 7.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari untuk sesi pagi dan 1 petang sehingga 6 petang untuk sesi petang sudah cukup dan perlu bersyukur sahaja. "Sedangkan tugas sebenar kami seperti éngineer'(jurutera) utama setiap sekolah-sekolah agama. "Saya memohon jasa baik kerajaan negeri Selangor bukan sahaja mempertimbangkan kenaikan elaun kami tetapi melunaskan manifesto PR pada PRU13 dengan kadar segera," katanya yang mewakili 10,000 guru KAFA di seluruh Selangor di sini hari ini. Difahamkan, isu kenaikan elaun bagi guru KAFA berlanjutan sejak di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga di ambil alih Menteri Besar baharu, Mohamed Azmin Ali. Dalam perkembangan yang sama, suasana tiba-tiba sayu apabila Ekhsan turut menarik perhatian para media apabila menitiskan air mara kerana tersentuh mengenangkan nasibnya dan rakan guru KAFA yang lain. Menurutnya, peningkatan kos sara hidup pada masa kini mendesaknya dan rakan yang lain untuk mendapat jaminan kenaikan elaun daripada kerajaan negeri. Sebelum ini Ekhsan turut memaklumkan kerajaan negeri melalui exco terdahulu juga pernah mengumumkan kenaikan elaun namun sehingga kini tidak dilaksanakan.
|
7
Bagus |
7
Marah |
4
Terkejut |
7
Sedih |
3
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zuri154 replied at 8-4-2015 09:22 PM
setahu iols guru kafa kt selangor dapat dua gaji. satu sekolah byr dan satu jais byr. kalo tunjuk sa ...
imthegirl replied at 8-4-2015 09:51 PM
Guru kafa ni apa beza dari ustaz dan ustazah sekolah tu?
fire_place replied at 8-4-2015 10:16 PM
Kelulusan minimum nak jd cikgu kafa ni spm je.
bukan mcm ustazah sekolah kena kelulusan tinggi.
lurve82 replied at 8-4-2015 09:21 PM
mmg gj engineer sket pun...my spouse byk tu je la gaji...sedey...
ADVERTISEMENT