CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

10 Tips Kekalkan Kebahagiaan Rumahtangga

10-4-2015 03:40 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4380| Komen: 1



Setiap pasangan di dunia ini pasti impikan kebahagiaan hakiki sebaik sahaja melangkah ke alam perkahwinan kerana itu lah salah satu tujuan perkahwinan. Namun sejauh manakah kebahagiaan mampu berkekalan jika tiada usaha untuk membahagiakan pasangan. Tidak mengapa, Ladylista kongsikan tips untuk kekal bahagia. Sekurang-kurangnya ada usaha untuk membahagiakan pasangan kita andai selalu terjadi pergaduhan dalam rumahtangga. 


1. Sentiasa ingat kewujudan pasangan anda. Jangan putuskan sesuatu keputusan tanpa merujuk pada pasangan anda. Apa sahaja yang anda lakukan, pasangan anda perlu tahu kerana dia memang berhak tahu.

 

2. Sentiasa tunjukkan pada pasangan anda yang anda sangat mencintai dirinya. Jangan pendamkan perasaan cinta kerana perbuatan anda itu adalah tidak adil. Anda perlu ambil kira perasaan pasangan anda. Perkahwinan akan lebih bahagia jika masing – masing tunjukkan rasa cinta pada satu sama lain.

 

3. Sentiasa hargai pasangan anda. Jangan kedekut untuk ucap terima kasih atau berikan pasangan anda hadiah kerana menjadi pasangan yang baik.

 

4. Sentiasa hormat pasangan anda dan jangan sesekali melukakan hatinya. Apabila anda hormat pasangan anda, anda boleh kawal diri anda dari melakukan perkara yang boleh beri kesan pada kebahagiaan rumah tangga anda.

 

5. Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan anda . Ambil masa untuk luahkan apa yang anda rasa pada pasangan anda. Komunikasi akan membuatkan anda dan pasangan anda menjadi lebih faham antara satu sama lain.

 

6. Apabila masalah muncul, anda jangan marah. Sebaliknya anda terus bincang bagaimana hendak selesaikan masalah tersebut. Lagi cepat masalah selesai, lagi cepat anda akan rasa bahagia.

 

7. Jangan selalu merungut dan berleter. Terima kelemahan pasangan anda seadanya sepertimana dia terima kelemahan diri anda. Sentiasa bersikap terbuka terhadap pasangan anda terima dia seadanya.

 

8. Amalkan sikap percaya terhadap pasangan anda. Anda perlu tunjukkan yang anda sangat percaya pada pasangan anda. Apabila anda tunjukkan rasa yakin terhadap pasangan anda, pasangan anda akan rasa lebih yakin untuk mencintai diri anda.

 

9. Perbaharui cara anda melakukan hubungan seks dari semasa – semasa. Sentiasa cari jalan baru untuk memuaskan pasangan anda.

 

10. Sentiasa bersikap romantik terhadap pasangan anda.



Perkara paling penting untuk lakukan semua tips ini adalah dengan membuang terlebih dahulu segala sikap ego yang meninggi di dalam diri, semoga kebahagiaan di dalam rumah tangga anda sentiasa berkekalan hingga ke Jannah hendaknya - Ladylista



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote akificha 13-4-2015 01:21 PM
tips yang sangat berguna..

Lihat semua komen(1)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.029022 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top