2015 Mitsubishi Triton Didedahkan Selaras dengan pembangunan model terbaru 2015 Mitsubishi Triton yang didedahkan baru-baru ini di Thailand, Malaysia juga turut tidak tertinggal untuk membawa masuk model terbaru keluaran Mitsubishi ini untuk tatapan orang awam di Mid Valley Megamall, 1 April yang lalu.
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini sedang menjalankan satu pertunjukan bergerak yang bermula dari 1 April sehingga 26 April ini di seluruh Malaysia. MMM menawarkan 5 varian bagi model 2015 Mitsubishi Triton terbaru ini bermula dengan model asas Triton Quest M/T 4×2 sehingga model tertinggi Triton VGT Adventure A/T 4×4. Model terbaru ini bakal dikuasakan oleh enjin 2.5-liter DI-D Hyper Commonrial DOHC Turbodiesel yang menghasilkan 175HP dan 400Nm tork.
Enjin 2.4-liter Turbodiesel terbaru yang ditawarkan di Thailand tidak ditawarkan ke atas model yang dijual di Malaysia. Pada model tertinggi Triton VGT Adventure, model ini mendapat semua ciri-ciri termasuk lampu hadapan HID Xenon, LED DRL dan juga paddle shifter. Ini termasuk kawalan cuaca dwi zon, sistem audio sesentuh dengan kamera pandang belakang, cruise control, lampu hadapan dan pengelap cermin automatik. Butang push start dan juga keyless entry turut ditawarkan bagi varian ini. Model ini ditawarkan dengan 4 warna iaitu Earth Green, Shadow Black, Red Solid dan Pearl White. Anggaran harga bagi model tertinggi Triton VGT Adventure A/T ini ialah RM114,000. Model pertengahan yang diberi nama Triton VGT A/T dan M/T turut mendapat butang push start dan juga sistem keyless entry. Selain itu, ianya didatangkan dengan kawalan suhu automatik tetapi mod dwi zon dibuang. Ianya turut didatangkan dengan sistem audio sesentuh tetapi tanpa kamera pandang belakang. Model ini diberikan pilihan warna Pearl White, Sterling Silver dan Shadow Black. Anggaran harga bagi Triton VGT M/T ialah RM97,000 dan Triton VGT A/T ialah RM103,000. Di bawah dua model pertengahan itu ialah model Triton M/T yang membawa kebanyakan ciri-ciri pada model VGT kecuali kawalan suhu automatik,,sistem audio sesentuh dan juga kawalan audio pada stereng. Varian ini hanya dijual dengan transmisi manual. Harga anggaran bagi model ini ialah RM87,000. Model paling asas yang dijual ialah Triton Quest M/T 4×2 yang hanya diberikan ciri keselamatan dwi beg udara SRS sama seperti model lain. Model in dianggarkan dijual pada harga RM71,000. Untuk melihat model terbaru 2015 Mitsubishi Triton ini, anda boleh melawat di pameran bergerak mereka mengikut jadual di bawah. kredit:www.arenakereta.com |
ADVERTISEMENT