CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Digital & IT Lihat artikel

Linkedin Mengambil-Alih Platform Pembelajaran Lynda

16-4-2015 01:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4808| Komen: 0

LinkedIn Mengambil-Alih Platform Pembelajaran Lynda Pada Nilai Mencapai RM5.44 Bilion

LinkedIn merupakan salah satu laman sosial yang memfokuskan kepada golongan professional dan bekerjaya, dimana ia digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk untuk mencari pekerjaan dan berkenalan dengan rakan-rakan baru pada jawatan yang sama. 


LindkedIn sebelum ini telah mengambil beberapa syarikat dibawah mereka, seperti Pulse dan SlideShare. Hari ini, mereka turut menambah satu lagi perkhidmatan baru dibawah portfolio mereka, iaitu Lynda.com



Lynda.com merupakan salah satu platform pembelajaran dalam-talian yang lebih memfokuskan kepada skil-skil teknikal dan menjadi destinasi ramai dalam mempelajari untuk mendapatkan bahan pembelajaran bukan sahaja dalam bentuk tutorial tetapi juga dalam bentuk video.

LinkedIn mengambil-alih Lynda.com ini pada nilai mencapai $1.5 bilion (~RM5.44 bilion), dan mengatakan pengambil-alihan ini akan membolehkan mereka yang mencari kerja untuk terus menambah skil-skil baru dan mempelajari ilmu baru melalui laman berkenaan.


Lynda.com akan beroperasi seperti biasa buat masa ini, dan boleh diakses semua seperti sebelum-sebelum ini.
Layari : Lynda

kredit:www.amanz.my



Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.034563 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top