CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

4 Cara Anda Boleh 'Enjoy' Ketika Berseorangan

16-4-2015 05:18 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2501| Komen: 6

Bagi sesetangah individu, meneroka dunia berseorangan - makan di restoren atau keluar menonton wayang bersendirian mungkin suatu perkara yang memalukan. Semua mata pastinya melihat anda dengan tanda tanya dikepala, "Apalah masalah budak ini berjalan seorang diri?" "Manalah kawan-kawan ke memang tiada kawan. Kesian". Sebenarnya itu semua hanyalah apa yang berlegar diruang fikiran mu sahaja, tidak selalunya kes berakhir dengan soalan seperti ini.

Jadi macam mana nak enjoy jika anda ditakdirkan berseorangan? Mungkin kamu bukan jenis tak ada kawan tapi mungkin salah percaturan, sahabat anda semuanya sibuk disaat anda ingin sangat keluar berhibur. Sebenarnya ada 4 cara yang boleh kamu lakukan disaat anda keseorangan dan tampil sangat 'cool'. Jom baca:

1. Bersedia untuk menjadi tidak selesa
Jadi memang tiada siapa mahu menonton wayang bersama kamu. Tiada sebab kamu tidak melakukannya secara solo. memang betul, ada teman itu dapat menyelimuti perasaan tak selesa. Tapi apa masalah sebenarnya jika kamu tidak selesa. Berbanggalah dengan perasaan tidak selesa tersebut. Hadapinya, dan anda akan melihat suatu sisi anda yang tidak dapat kamu lihat jika bersama dengan sahabat. Suatu yang pasti, anda akan lebih dimensional apabila berseorangan dan menjadi lebih kreatif bersendiri. Cubalah cabar diri anda untuk menghadapi perasaan tidak selesa dengan yakin!

2.Bersosial dengan diri anda sendiri
Tiba masanya anda membawa headphone, buku atau segala buku dan pen untuk masa kamu dan diri kamu. Ini dapat memberi ketenangan kepada diri kamu. Ini masanya kamu lebih dekat dengan persekitaran, luaskan minda dan ekspresikan kreativiti anda

3. Pilih duduk di bar
Jika kamu pilih untuk makan malam bersendirian, sebaiknya pilih duduk ditempat yang dikhaskan yang mengadap dinding atau bar stand. Kebanyakkan restoren mempunyai sudut sebegini bagi mereka yang bersendirian. Jadi anda dapat mengetahui dan menjamah sekeliling anda dengan segala yang berlaku tanpa diganggu oleh sesiapa.

4.Hiraukan keadaan sekeliling
Inilah masanya anda boleh pedulikan mata-mata yang sekian lama asyik meniti semua tentang anda. Ini masanya kamu boleh hidung tinggi dan berlagak sombong dihadapan mereka kerana sememangnya mereka bukan mengenali anda. Di saat ini lupakan untuk jaga hati orang lain kerana disaat ini, kamu hanya perlu fikirkan diri kamu sahaja. Kamu adalah raja untuk dirimu


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote olaoliolu 26-4-2015 09:37 PM
selalu je sorang tgk wayang, shopping, lepak cafe. xda org pandang ponn. i iz sad. hhahaha
Quote hanna88 20-4-2015 10:08 PM
dulu waktu single..aku suka tengok wayang sorang2 sebabbb..aku bebas memilih cite yg aku minat..kalo ikot kawan mesti aku terpaksa tengok cite yg aku tak berkenan haha..
Quote ladyinwhite 20-4-2015 10:06 PM
Aku lagi suka pergi mana2 sorang2. aku tak payah tunggu orang, orang pun tak payah tunggu aku. ikut suka aku je nak spend banyak masa kat mana
Quote mbhcsf 20-4-2015 07:18 PM
u can do alot of things - carefree.......go to westfield and read any reading materials, watching movie, high street ken grocery shopping, park - shooting

go to the mosque and enjoy the serenity...
Quote mbhcsf 20-4-2015 07:16 PM
ni article third world country ke?

ahaks...amatlah low internal self locus atau lokus kawalan diri -  yakni ukuran sejauh mana seseorg itu mampu mengawal persepsi dirinya sendiri dan tindakannya dan a lot to do with perceived self esteem

awat lemah sangat kah wanita yg keseorang ni

sampai article tahap sampah ini membuat poor introduction tentang malu untuk berjalan seorang atau tak ada kawan?

hmm...u know this kind of thinking is probably deeply ingrained pada org yg terfikir tak A ...
Quote TobbySim 20-4-2015 04:29 PM
Lepak kat cafe, enjoy my favourite Mocha~hehe

Lihat semua komen(6)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.027466 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top