CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun M: Saya patut terus jadi Perdana Menteri

27-4-2015 10:50 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 35797| Komen: 308

Tun M: Saya patut terus jadi Perdana Menteri




KUALA LUMPUR - "Kadang-kadang saya rasa saya patut terus jadi Perdana Menteri," demikian ujar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya lagi, walaupun sedar diri sudah tidak layak memegang jawatan tersebut, idea tersebut timbul sesekali apabila melihat keadaan negara yang semakin buruk.

"Kadang-kadang saya terfikirkan hal itu saat saya kecewa melihat banyak perkara yang tidak betul sekarang, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa untuk merubahnya.

“Pada masa itu saya akan terfikir, kalaulah saya masih Perdana Menteri, tentu saya akan buat sesuatu,"katanya dalam program Bicara Negarawan yang diadakan di Kelab K, Taman Melawati di sini, hari ini.

Beliau dalam pada itu turut menegur segelintir masyarakat supaya jangan menyokong pemimpin yang korup.

“Kuasa menjadikan kita korup. Tetapi kalau kuasa itu tidak terhad..., kita akan jadi lebih korup daripada yang lain. Sebab itu apabila kita mempunyai kuasa, kita perlu selalu ingatkan diri sendiri supaya sentiasa sedar diri.

“Mak saya selalu berpesan, jangan kita ambil (hak) orang punya. Ini menjadi panduan kepada saya sampai ke hari ini. Kita ambil hak orang lain. Kita fikir orang tidak akan tahu.. Tetapi kita lupa, ALLAH tahu,” katanya lagi sebelum disambut oleh sorakan dan tepukan gemuruh oleh penonton yang memenuhi dewan.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 25-4-2015 03:58 PM
Mahathir ni dulu2 waktu kecik hdup susah ke?
ke lahir dr dulang emas mcm pokjib?
Quote roy3 25-4-2015 03:59 PM
Panas la telinga macai bn.rafizi tgk skrg pn da senyap tgk madet take over
Quote scorpionkiki 25-4-2015 04:00 PM
naina replied at 25-4-2015 03:58 PM
Mahathir ni dulu2 waktu kecik hdup susah ke?
ke lahir dr dulang emas mcm pokjib?

Bapak dia cikgu...mak dia tak kerja tp dr keluarga diraja Kedah
Quote bioessence 25-4-2015 04:21 PM
Ye 23 tahun ko perintah, habis ekonomi malaysia tak boleh membangun. Petronas jumpa je minyak time ko  time tu juga RM mula merudum berbanding SGD

Ko punya la hauk sampai pm melayu selepas pm indian dna ni, langsung susah pulihkan ekonomi

23 tahun perintah usd100billion lebur. Penulis buku maverick tu pun dah gol. Najib tak sampai usd10billion ko bising. Sebetul nya ko nak anak ko jadi pm segera tu je kan
Quote lkick2113 25-4-2015 04:25 PM
Aku pun sependapat dengan Tun
Quote scorpionkiki 25-4-2015 04:32 PM
bioessence replied at 25-4-2015 04:21 PM
Ye 23 tahun ko perintah, habis ekonomi malaysia tak boleh membangun. Petronas jumpa je minyak time k ...

Kita tertekan tak masa zaman dia?
Quote bangcak 25-4-2015 04:33 PM
lkick2113 replied at 25-4-2015 04:25 PM
Aku pun sependapat dengan Tun

yes!
untuk menjatuhkan pemimpin korup. i sokong madey
Quote BotakChinPeng 25-4-2015 04:43 PM
nyesal lah. nangis lah .tapi jangan perasan bagus plak. Malaysia pasti dah lama jadi negara maju kalau perdana menteri tak bodoh bodoh macam mahathir & pak lelah
Quote otai_g 25-4-2015 04:44 PM
bioessence replied at 25-4-2015 04:21 PM
Ye 23 tahun ko perintah, habis ekonomi malaysia tak boleh membangun. Petronas jumpa je minyak time k ...

hi cybertroopher.

brp ringgit dpt gaji sehari ni? ada 0 lg x job tu? aku nak apply
Quote dodolgemok 25-4-2015 04:45 PM
Macai bijan meroyan la dgar kenyataan ni.dok ungkit zaman mader pulak blablabla whatsoever.aku senyum sinis tgok umno berpecah dari dalam
Quote mak_wa95 25-4-2015 04:46 PM
kalau berkalau....
Quote cmf_WonBin 25-4-2015 04:53 PM
Hai, u kerja dgn Kak Rosmah ker? bukan main sedap duk kutuk Madey
Quote mystica 25-4-2015 04:59 PM
sokong tun M!
Quote tumpanglalu74 25-4-2015 04:59 PM
Edited by tumpanglalu74 at 25-4-2015 05:01 PM
"Kadang-kadang saya rasa saya patut terus jadi Per‎dana Menteri," demikian ujar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

[youtube]0Jv_XR6RMAI[/youtube]
Quote TeRasKiLo 25-4-2015 05:07 PM
zaman najib ni rakyat hidup tertekan...sbb tu rakyat byk memberontak dlm byk saluran media sosial
zaman tun dulu...hidup rakyat ok....so, klu tun ada buat rasuah sekalipon, bila mana rakyat tak rasa hidup susah/tertekan...rakyat kekal dgn cara hidup masing2 takde nak bising2 bagai...

now...rakyat hidup dlm penuh tekanan pasai kos sara hidup....mcm mana rakyat tak mengamok

...kecuali macai2 umnok bodoh makan najis je yg dok sokong kerajaan bagai
Quote cowey 25-4-2015 05:07 PM
tun pm dari umno..

najib pn pm umno..

then macai najib tak leh terima asal??

tun duit abes nmpk mcm2..

najib duit abes nmpk mcm2 kat rosmah..
Quote NeoMatrix 25-4-2015 05:09 PM
Saya dulu rasa gembira bila Che Det umum nak letak jawatan....fresh start gitew...tapi apabila tengok cara Najib memerintah...saya rasa lebih elok Che Det terus jadi PM.
Quote stania83 25-4-2015 05:27 PM
Tun M perintah masa takde internet boleh control rakyat.
Quote capiloton 25-4-2015 05:29 PM
NeoMatrix replied at 25-4-2015 05:09 PM
Saya dulu rasa gembira bila Che Det umum nak letak jawatan....fresh start gitew...tapi apabila tengo ...

yer betoi..
tengok pak lah dgn isle hadari nya..
n najib dgn satu malaysia nya..
dua2 ni pm bodo tak bole pakai..

masa tun jadi pm, kabinet pun berwibawa..
jarang la menteri buat lawak bodo.. kecuali samy vellu..
cuba tengok kabinet najib, penuh dengan menteri2 bodo..
sama bodo dgn ketua nya, pm takut bini..


Lihat semua komen(308)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.052646 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top