|
Seperti laporan sebelum ini, Samsung Malaysia hari ini secara rasminya telah mengumumkan penawaran Galaxy S6 Edge dengan ruangan storan 64GB di Malaysia, sekaligus membolehkan mereka yang berminat untuk mendapatkan peranti berstoran besar di Malaysia. Galaxy S6 Edge tidak menyertakan sokongan kad-SD, menjadikan penawaran ini lebih memfokuskan kepada mereka yang mempunyai penggunaan media yang tinggi pada peranti mereka.
Galaxy S6 Edge, seperti semua sedia maklum merupakan peranti dengan sokongan skrin pada bahagian tepi, sekaligus membolehkan pengguna membuat beberapa perkara tambahan dengan pantas – seperti membuat panggilan kepada kenalan rapat, mengikuti notifikasi dan sebagainya. Samsung dilihat membuang sokongan kad-SD kerana tidak ingin memberikan impak terhadap prestasi telefon, apatah lagi dengan penggunaan akses storan pantas pada peranti berkenaan.
Samsung Malaysia mengatakan Galaxy S6 Edge dengan storan 64Gb ini akan dijual di Malaysia bermula pertengahan Mei 2015 ini, dan ia akan ditawarkan dalam warna putih, hitam dan juga emas. Jadi, pada harga RM3599, adakah anda akan mendapatkan peranti berstoran 64GB ini? kredit:www.amanz.my |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.033735 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.