CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Digital & IT Lihat artikel

Nexpaq : Cangkerang Telefon Modular Pertama Dunia

30-4-2015 07:08 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 4873| Komen: 0



Peranti pintar modular seperti Projek Ara masih lagi di peringkat prototaip. Sekiranya anda tidak sabar menunggu kewujudan peranti modular anda mungkin boleh membeli cangkerang modular Nexpaq. Cangkerang untuk Samsung Galaxy S6 dan iPhone ini mempunyai enam slot di bahagian belakang. Anda boleh meletakkan lampu led, pengesan nafas, memori tambahan, bateri,pembesar suara dan juga pemancar laser pada slot yang ada mengikut keperluan. Cangkerang ini turut mempunyaipower bank terbina sebesar 1000 mAh. Dengan Nexpaq anda boleh mendapatkan kemampuan seakan Projek Ara tanpa menunggu peranti pintar modular ini wujud di pasaran.



Buat masa ini terdapat 12 modul yang telah dihasilkan untuk Nexpaq. Mereka masih cuba mengumpulkan dana bagi penghasilan secara komersial. Anda boleh menyokong projek ini dengan harga serendah $89. Terdapat perancangan menghasilkan cangkerang untuk peranti lain sekiranya terdapat permintaan yang mencukupi.


SUMBER RUJUKAN: NEXPAQ
kredit:www.amanz.my



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.036870 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top