Johor Darul Takzim (JDT) berazam untuk segera kembali merebut kejuaraan Liga Super selepas membuat perubahan drastik dalam barisan kejurulatihan sebelum memutus untuk mengembalikan penyerang veteran Luciano Figueroa bagi mengharungi kempen Liga Malaysia musim ini.
Kali terakhir Figueroa beraksi buat The Southern Tigers dalam saingan Liga Super adalah sebulan lepas dan sejak itu sekadar beraksi di saingan AFC. Pemain kelahiran Argentina itu kini akan digandingkan dengan rakan senegaranya Patricio Rodriguez di barisan serangan. JDT bakal menerima kunjungan Felda United pada Ahad di Larkin, dan Figueroa akan menggalas tugas memastikan kubu The Fighters mampu dicerobohi. Larkin sememangnya dianggap arena keramat buat penyokong The Southern Tigers kerana mereka tidak pernah tewas setakat ini. Sekiranya skuad kendalian Roberto Carlos Mario Gomez berjaya mengutip tiga mata pada Ahad, JDT akan memintas Felda United yang menghuni tangga ketiga ketika ini. sumber:www.stadiumastro.com
|
ADVERTISEMENT