Pornografi Kanak-Kanak: Industri Bernilai 3 Bilion Dollar Setahun! Kes melibatkan jenayah pedofilia sememangnya layak menjadi tajuk utama akhbar. “Seorang ahli komuniti yang dihormati telah ditahan hari ini selepas didapati bersalah memiliki ratusan gambar pornografi kanak-kanak di dalam komputernya,” lapor perenggan pertamanya. Berita itu menggemparkan masyarakat dan identiti individu terbabit akan disiarkan, sebelum dia seterusnya digantung kerja sementara menunggu keputusan siasatan pihak berkuasa keatasnya. Lazimnya, berita terkini mengenai kes tersebut akan menyusul dan ‘diputarkan’ berulang-ulang oleh media sehinggalah ia tenggelam sendiri bersama cerita-cerita picisan yang menjadi santapan kita sehari-harian. Sudah tentu lensa difokuskan pada pelaku jenayah tersebut. Namun, bagaimana pula dengan nasib kanak-kanak yang menjadi objek pemuas nafsu di dalam koleksi gambar dan video jijik penjenayah itu? Dalam keadaan bagaimanakan kanak-kanak ini didedahkan sehingga mereka digunakan untuk bahan pornografi? Siapa yang tergamak memperlakukan mereka sebegini? Bagaimana gambar-gambar itu diedarkan? Siapa yang sanggup tampil untuk membela nasib mereka? Demikian merupakan beberapa soalan yang bermain di fikiran kita, dan segalanya bakal terjawab di dalam perenggan seterusnya. Definisi ‘Pornografi Kanak-Kanak’ Menurut laporan daripada pusat penyelidikan Crime Against Children, pornografi kanak-kanak boleh didefinisikan sebagai visual berunsur perlakuan seksual seperti hubungan seks, beastiality (seks dengan haiwan) dan masturbasi, selain daripada pendedahan bahagian sulit bagi tujuan merangsang nafsu seks. Memiliki pornografi kanak-kanak merupakan satu jenayah di bawah undang-undang persekutuan dan negeri di Amerika Syarikat. Undang-undang persekutuan memaktubkan jenayah pemilikan pornografi kanak-kanak merujuk kepada bahan lucah yang melibatkan ‘kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah’. Siapa yang mengedarkan imej-imej lucah ini? Laporan ini turut menunjukkan statistik yang mengejutkan, di mana pengguna peer to peer (antara rakan sebaya) atau P2P lebih cenderung untuk memiliki koleksi imej lucah kanak-kanak kecil dan berunsur ganas. Dalam kalangan pengguna P2P yang ditahan pada tahun 2009, 33 peratus daripada mereka memiliki gambar-gambar lucah kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah dan 42 peratus menyimpan imej-imej yang memaparkan keganasan seksual. Pornografi kanak-kanak merupakan salah satu industri yang paling cepat berkembang di alam maya, dengan pendapatan mencecah USD3 billion setahun! Menurut laporan Association of Sites Advocating Child Protection, bahan lucah kanak-kanak biasanya diedarkan bagi mengaut keuntungan. Namun, ada juga yang menawarkan bahan-bahan pornografi ini sama ada secara percuma atau pertukaran sesama penyalahlaku dalam jaringan P2P tersebut. Rata-rata daripada gambar-gambar lucah ini membabitkan kanak-kanak kecil yang didedahkan dengan keganasan seksual dan fizikal. Fakta-fakta yang anda perlu tahu mengenai pornografi kanak-kanak:
Artikel ini telah diolah dan dialih bahasa daripada The Huffington Post. Sumber
|
24
Bagus |
24
Marah |
35
Terkejut |
21
Sedih |
23
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pia250110 replied at 7-5-2015 04:02 AM
ade tuh bangge cerita main nge budak 10thn n bule ckp berapa dalam boleh sampai.... erkkk boleh plak ...
ADVERTISEMENT