Pada hari ini, jika anda memasang sebarang aplikasi Android, anda akan akan diperlihatkan dengan senarai data yang akan diakses oleh aplikasi berkenaan, seperti media berbentuk gambar, akses kepada buku alamat, akses kepada SMS dan sebagainya. Google dikatakan akan kelak mengubah sokongan tersebut, dan memberikan lebih kebebasan kepada pengguna berkaitan data yang ingin dikongsikan mereka kepada sesuatu aplikasi.
Melalui laporan Bloomberg, Google dikatakan kelak akan membolehkan pengguna mengubah dan menidakkan akses untuk beberapa perkara ketika ingin menggunakan sesuatu aplikasi.
Bagi pengguna peranti seperti Xiaomi dan Huawei, mungkin anda sedia maklum akan keupayaan fungsi seperti ini yang terdapat pada peranti mereka. Ia akan menjadi agak menarik untuk melihat fungsi seumpamanya diintegrasikan terus pada Android, sekaligus membuatkan pengguna lebih selesa ketika memasang aplikasi, dan mengelakkan aplikasi mengakses data mereka sewenang-wenangnya. Google dikatakan berkemungkinan akan berkongsi mengenai fungsi ini pada acara Google I/O kelak, dan ia mungkin menjadi sebahagian daripada fungsi baru Android M. SUMBER RUJUKAN: BLOOMBERG kredit:www.amanz.my |
ADVERTISEMENT