CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kejam : Tak Disembelih, Lembu Di Tukul Sampai Mati Di Vietnam

21-5-2015 10:54 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 9432| Komen: 13





CANBERRA — Industri perdagangan ternakan hidup Australia kembali dilanda kontroversi susulan laporan hasil siasatan dilakukan kerajaan Australia yang mendapati lembu negara itu dipukul dengan kejam di Vietnam.

Pasukan penyiasat Jabatan Pertanian Australia berjaya menemui bukti lembu yang dieksport ke Vietnam dipalu kuat pada kepalanya sehingga mati dengan menggunakan tukul besi dan bukan disembelih di bahagian leher.

Siasatan itu mendapati tiga kes sedemikian berlaku pada Mac tahun ini malah awal bulan ini, organisasi sukarela Animals Australia juga mengesahkan laporan lembu negara itu dibunuh dengan tukul di Vietnam.

Pemerhati hak asasi haiwan itu dalam laporan mereka menyatakan, kejadian mengerikan tersebut untuk mematikan sejumlah lembu Australia berlaku di beberapa rumah haiwan yang tidak rasmi di utara Vietnam.

Animals Australia melakukan penyelidikan di Vietnam setelah menerima maklumat daripada wakil industri ternakan Australia pada April lalu bahawa ribuan lembu Australia disembelih dengan cara yang tidak sesuai.

“Pembunuhan lembu dan kerbau dengan cara melakukan pemukulan berulang kali di kepala ternakan itu menggunakan tukul merupakan kaedah penyembelihan tradisional di Vietnam,” kata organisasi tersebut.


Vietnam adalah pasaran eksport kedua terbesar Australia untuk sektor ternakan hidup selepas Indonesia dan menurut Animals Australia, ada 178,000 ekor binatang ternakan yang dieksport ke Vietnam sepanjang tahun lalu.

Aktivis hak asasi haiwan tempatan menyatakan, sudah ada lapan aduan serupa yang dilaporkan kepada mereka selama dua tahun terakhir mengenai kaedah pembunuhan kejam ternakan import berlaku di Vietnam.

Seorang jurucakap Kementerian Pertanian Australia, Barnaby Joyce, menjelaskan, Jabatan Pertanian akan memantau ketat eksport lembu ke Vietnam sejak menerima laporan mengenai hal tersebut pada Mac lalu.


“Kami bekerjasama rapat dengan pihak industri untuk memastikan semua masalah yang dilaporkan dapat diperbaiki dan standard kesejahteraan haiwan yang cukup ketat harus dilaksanakan,” kata jurucakap itu.

Jabatan tersebut juga masih terus mencari maklumat daripada pengeksport negara lain di Vietnam untuk menentukan apakah telah terjadi pelanggaran sama bagi ternakan mereka. — Agensi/H.A.AMREE

3

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 21-5-2015 08:00 AM
Kenot brain dis enimor
Quote tricomonas 21-5-2015 08:19 AM
Thor edisi vietnam
Quote binisupir 21-5-2015 08:19 AM
kejam.. ini ke lembu yg bakal diimport?
Quote fifie_olin 21-5-2015 08:23 AM
gemok2 lembu nya....
smpi otak manusia ni pon sm otak lombu...lahant tul
Quote ais_kosong 21-5-2015 08:25 AM
kejamnya...
Quote JohnPuteh 21-5-2015 12:11 PM
sampai kejang lembu tu..betapa seksanya lembu tu sebelum mati..
Quote kucen_miang 21-5-2015 12:13 PM
Vietnam tu kucen pun depa makan.
Quote pakupayung21 21-5-2015 12:19 PM
otak lembu betol org vietnam
Quote myakayina 21-5-2015 12:45 PM
kucen_miang replied at 21-5-2015 12:13 PM
Vietnam tu kucen pun depa makan.

bukan setakat kucen..anjing pun dorg mkn..
Quote babypureen 21-5-2015 04:12 PM
kejamnya!!!! lembu tak salah...yang salah manusia yg buat keje guna otak lembu
Quote AbukRokok 21-5-2015 04:15 PM
wow.... brutalnye
cuba klau katok babi
Quote ifanonline 21-5-2015 04:17 PM
depa jadi lagu tu sebab penangan mkn daging anjing...cam singaporean minum newater la..
Quote mak_wa95 21-5-2015 09:37 PM
kejamnya......

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.044300 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top