Oleh: CMFreporter2 Ramai yang memberikan reaksi berbeza ketika tersebarnya gambar terbaharu pelakon Tasha Shilla. Menerusi gambar yang menjadi 'viral' itu, Tasha Shilla tampil lebih langsing dan mengundang komen seperti "kurus kering" "keding" dan sebagainya. Namun, ada juga peminat yang memujinya kerana kelihatan lebih kurus dari sebelumnya.Tidak kurang juga ia mengundang banyak tanda tanya di kalangan peminat. Apa sebenarnya yang berlaku? Adakah Tasha sedang berendam air mata mahu pun mencuba diet yang ekstrem? Ikuti apa kata Tasha mengenai penampilan tergemparnya itu, "Saya bukan makan hati… sebenarnya saya jadi tikus makmal untuk produk minuman kesihatan yang saya sendiri sedang usahakan bersama rakan kongsi. "Kalau ramai yang kata saya kurus, inilah jawapan kepada soalan itu. Saya amalkan minuman itu empat bulan lalu. Insya-Allah produk akan dipasarkan tahun ini juga. "Kini dalam proses kelulusan sebab kita mahu dapatkan pengesahan halal dan urusan lain sebelum dipasarkan. Kini dah 70 peratus tahapnya," katanya menerusi laman Mangga Online.
(Sumber foto: Beautifulnara) Aktres berumur 28 tahun ini mendedahkan kini beratnya hanyalah 47kg berbanding sebelumnya 53kg pada empat bulan lepas.
Ternyata produk yang sedang dalam proses pelancaran itu memberikan kesan pada tubuh Tasha. Jangan terkejut ia bakal meletop sebaik dilancarkan tak lama lagi! - CARI Infonet |
18
Bagus |
13
Marah |
13
Terkejut |
11
Sedih |
8
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Orix replied at 4-6-2015 01:03 PM
dia dh balik dgan hans ke ? bukan ritu da clash katenye kaka caras sheols ?
ADVERTISEMENT