CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pakai Selipar Memandu PUN Kena Saman!

23-6-2015 03:47 PM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 25731| Komen: 96|Original author: ultramantujuh


Oleh : LOO TUNG SEANG 
Artikel Diterbitkan : 23 Jun 2015

sumber foto : Facebbok Suzanne GL Tan


Kebelakangan ini, seperti yang kita sedia maklum, cara pemakaian seseorang sudah menjadi isu hangat dalam negara kita.


Susulan seorang wanita ketika berurusan di JPJ, didakwa berpakaian skirt yang terlalu pendek oleh pegawai JPJ yang bertugas sehingga dipaksa menyarungkan kain sarung, barulah dia dibenarkan masuk ke dalam pejabat JPJ.  


Dan termasuk juga isu gimnas Malaysia Farah Ann yang dikecam ramai pengguna laman sosial berhubung penampilan pakaian gimnastik yang mendedahkan susuk tubuh dan lurah faraj.  


sumber foto : Facebook Farah Ann


Baru-baru ini pula, terdapat isu berkenaan seorang individu dikenakan saman akibat memakai selipar ketika memandu sehingga menjadi bual mulut yang hangat di laman sosial. 


Pada masa yang sama, notis saman lalulintas seperti berikut tersebar secara meluas di laman sosial yang dipetik menerusi akaun Facebook milik Kelvin JcSay: 


sumber foto : Facebook Kelvin Jcsay


Daripada foto jelas kelihatan punca utama pemandu tersebut dikenakan notis saman lalulintas adalah kerana berpakaian tidak kemas sehingga mengundang situasi perang mulut di kalangan pengguna laman sosial. 


Ramai yang berpendapat : 

1) Adakah pihak kerajaan menetapkan seseorang perlu berpakaian kemas baru dibenarkan membawa kereta di jalanraya? 

2) Adakah kerajaan kita sangat memerlukan duit? 


Terdapat juga pengguna sosial media mengaitkan isu tersebut dengan isu yang hangat dibangkitkan berhubung cara pemakaian gimnas negara baru-baru ini, persoalan yang ditimbulkan itu memang tidak terkata langsung. 


sumber foto : Facebook Kelvin Jcsay


Namun demikian, segelintir pengguna sosial media yang bermata tajam menyedari bahawa individu yang dikenakan saman merupakan seorang pemandu lori. 


Menurut peraturan lalu lintas, mereka yang memandu lori adalah tidak dibenarkan berselipar ketika memandu. 


sumber foto : Facebook Kelvin Jcsay


Memang, sebenarnya selain lori, kenderaan bermuatan yang didaftar dibawah kenderaan penggunaan komersial, bas ekspress dan termasuk kenderaan pengangkutan yang bersaiz besar, semuanya diwajibkan memakai kasut yang bertutup atau but. 


sumber foto : http://www.ygej.cn/


Selain daripada itu, berdasarkan uandang-undang lalulintas, Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) sebenarnya turut menggalakan orang ramai, tidak kira samada ketika membawa kereta atau memandu kenderaan lain adalah dikehendaki memakai kasut bertutup atau but. 


sumber foto : http://photocdn.sohu.com/


Apakah tujuannya? Menurut pakar pemanduan, oleh kerana selipar yang dipakai tidak rapat dengan bahagian tapak kaki, jadi semasa pemandu kereta mengalami situasi mengejut, mungkin tidak terdaya menghentikan kereta dengan serta-merta, maka akan menyebabkan kemalangan berlaku.


sumber foto : http://p3.qhimg.com/


Di samping itu, selain selipar, pakar juga memberi amaran bahawa jangan memakai kasut bertumit tinggi ketika memandu kereta, ini kerana tumit kasut yang tinggi akan menyebabkan seseorang itu agak susah untuk menekan brek kaki. Termasuk juga kasut yang terlalu lebar pun jangan dipakai, ini mungkin menyebabkan kaki tersepit di antara pedal minyak atau pedal brek. - CARI Infonet


23

Bagus
27

Marah
26

Terkejut
16

Sedih
27

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (135 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lyricko 23-6-2015 11:56 AM
Betuii ka....cm xcaya ja
Quote jofizo 23-6-2015 11:56 AM
aku plak memandu suka tak pakai kasut ngan selipar...... camne tuh....

lagi best sebab dpt rassa minyak tekan byk mana
Quote revolusi_30 23-6-2015 11:58 AM
Edited by revolusi_30 at 23-6-2015 11:59 AM

Betulla... Memang undang2 jalan raya ada gazet, cuma penguatkuasa je tak mau jalan kan... Boleh rujuk kes Pemandu Lori VS Sultan Ismail Johore... Kes sultanah Aminah eksiden
Quote namirulmukminin 23-6-2015 11:58 AM
Itu PEMANDU LORI kot.... Pemandu Lori kalau tak pakai kasut memang salah.... Kereta tak dak masalah...
Quote Star_el 23-6-2015 11:58 AM
haha ni macam page kamu ke geng ultraman bagai

btw,bukan org dah komen2 pasal memandu lori mmg kena pakai kasut
Quote MeghanK 23-6-2015 11:59 AM
la pulak..ai memamg drive pakai selipar..nak keluar baru tukar kasut..selipar tinggak dlm kereta utk drive..
Quote MeghanK 23-6-2015 12:00 PM
jofizo replied at 23-6-2015 11:56 AM
aku plak memandu suka tak pakai kasut ngan selipar...... camne tuh....

lagi best sebab dpt  ...

selalu pompuan je yang buat perangai camni
Quote revolusi_30 23-6-2015 12:00 PM
Sebab tu masa ujian memandu kene pakai kasut... Takda kalu fail !!!
Quote reezluv 23-6-2015 12:02 PM
aku kalau jalan jejauh antara negeri je pakai kasut..kalau takat dalam bandar je, jarang pakai kasut ni..aiseh..
Quote idadzira 23-6-2015 12:03 PM
dah lama la ada undang2 ni, sbb tu aku standby kasut dalam kereta.
Quote mattzzx 23-6-2015 12:06 PM
rasanya untuk mereka yang memandu kenderaan perdagangan.....
Quote duniaku85 23-6-2015 12:06 PM
yea ke..
ntah2 ni saman dari pakguard kut..
Quote Cyempaka 23-6-2015 12:07 PM
aku terus kaki ayam...

letak hiasan kat atas dashboard salah x?
Quote budakmanentah 23-6-2015 12:07 PM
mmg betul pon.ayah aku pon pernah kena saman sebab pakai selipar.tp time tu dia naik motor
Quote lee_sakura 23-6-2015 12:08 PM
aku suke tanggal kasut/ selipar time memandu...mcm mane ni
Quote awanjingga 23-6-2015 12:08 PM
revolusi_30 replied at 23-6-2015 12:00 PM
Sebab tu masa ujian memandu kene pakai kasut... Takda kalu fail !!!

ye ..setahu aku memang masa memandu tak boleh pakai selipar  / kaki ayam

aku dulu prnah kje kat sekolah memandu..

sapa yg pakai singlet / selipar pengajar suruh balik ..tukar dulu baru boleh belajar..


Quote hunny_bunny 23-6-2015 12:09 PM
cek sampai ke kaki ke...gilerr..

kalo aku kene tahan mmg menimbun laa saman...jgn kan pakai selipar...aku mmg drive berkaki ayam je....

standby kasot jelaa sebelah...
Quote sgbuloh 23-6-2015 12:11 PM
aper yg dikecohkan. dah lama dah ada undang2 tu.
Quote psychobubble 23-6-2015 12:13 PM
aku pn xsuke pakai kasut/selipar time memandu
kaki ayam jah

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.252108 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top