Oleh Adib Za Masyarakat di Maluku, Indonesia digemparkan dengan perubahan warna air laut di situ menjadi seperti merah darah.
Hal ini membuatkan masyarakat setempat berasa panik dan ketakutan. Ini kerana perubahan air di perairan Pulau Ai, Maluku Tengah ini dikatakan menjadi petanda kejadian buruk. Mereka percaya ia merupakan petanda bencana yang bakal terjadi, menurut laporan Kompas. Namun, berbeza dengan pakar Alga dari Universiti Atma Jaya Yogyakarta, Boy Rahardjo, mengatakan ia merupakan pencemaran bahan kimia mahupun fenomena alga merah. Fenomena alga merah ini terjadi lazimnya apabila adanya ledakan populasi alga merah di sesuatu zon laut, lalu menyebabkan pantai kelihatan seperti merah darah, dan bukannya berwarna biru. - CARI Infonet
|
merrissa replied at 23-6-2015 10:06 PM
merahhhnyaaaaaa mak ngahhhh
ChildrenOfBodom replied at 23-6-2015 10:23 PM
merata dunia berlaku fenomena air laut bertukar jadi kaler merah disebabkan pertumbuhan alga (algae ...
Artemesiaa replied at 23-6-2015 10:32 PM
Bila kurang pengetahuan dan pembacaan mulalah suka berteka teki
MissNigga replied at 23-6-2015 10:47 PM
rindunya ngan iklan amanah saham nie ......
nostalgik sesangatttt
ADVERTISEMENT