Oleh Adib Za Kecoh pada awal bulan ini, Sharifah Shahora membuat pendedahan mengenai hubungan suaminya, Raja Mukhriz dengan wanita lain yang mengganggu rumah tangga mereka.
Bagai menanti retak, namun sebaliknya kini nampaknya ada bibit-bibit positif yang dirasai oleh kedua pasangan ini apabila Sharifah Shahora mengakui hubungan mereka semakin jernih sejak insiden tersebut. Memetik laporan Mstar Online, Shahora berkata, "Alhamdulillah, dua minggu selepas pendedahan itu, Mukhriz memujuk dengan memberi bunga, menghantar video-video dan meluahkan kata-kata cinta di WhatsApp dan Facebook. Saya nampak usahanya yang mahu perbaiki hubungan ini. "Walaupun hati saya masih lagi sakit dengan sikapnya itu, tetapi sebagai seorang isteri yang sudah lama hidup bersama, tambahan pula kami ada anak, saya berfikir panjang dan memperbaiki semula perkahwinan kami.
"Mungkin bagi orang luar, mereka nampak keburukan apabila saya dedahkan sikap buruk suami. Tetapi ia berhasil bagi saya. Jika tidak, masalah ini mungkin berlarutan tanpa kesudahan. Saya harapkan bersempena dengan berkat bulan Ramadan ini rumah tangga kami dapat kembali normal," katanya menerusi portal berkenaan. Tahniah kepada Sharifah Shahora kerana menyelesaikan masalah ini dengan cara matang dan bukannya dengan melakukan perkara yang bukan-bukan. Moga hubungan kalian suami isteri kembali berputik seperti dahulu. Kepada si pengganggu rumah tangga, awas ya! |
10
Bagus |
13
Marah |
12
Terkejut |
5
Sedih |
12
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lazim replied at 23-6-2015 09:49 AM
oh ada anak rupanya. igtkan xde
Orange_7491 replied at 23-6-2015 10:11 AM
yg laki dia tu muka cam pecah rumah pun ada ati nak curang. Minah malang maner ntah yang dok ngurat ...
mokcikKSKB replied at 23-6-2015 10:57 AM
Asal belAki kekdahnya.jantan mcm tu boleh berubah ke?xcaya aku!
ADVERTISEMENT