CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Sepuluh Pereka Muda Sedia Dominasi Pentas Peragaan bersama AirAsia

1-7-2015 05:26 PM| Diterbitkan: wendyKERJA| Dilihat: 2124| Komen: 0

10 finalis AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 yang akan mempamerkan koleksi mereka di pentas peragaan Minggu Fesyen KL Fashion Week RTW 2015 Ogos ini telah diumumkan Ahad lepas 28 Jun; membawa impian pereka muda ini menjadi realiti menerusi pencarian pereka fesyen ini.


Sebagai sebahagian dari usaha terus syarikat penerbangan ini menyokong usaha pembangunan bakat muda, AirAsia melancarkan pencarian pereka ini bagi memberi platform kepada pereka muda bagi memaparkan bakat mereka dan menempa nama dalam industry fesyen menerusi kolaborasi strategik bersama pasukan KL Fashion Week Ready to Wear.

Pencarian pereka ini yang telah dilancarkan bulan lepas, dan telah menerima 350 penyertaan dari pelajar-pelajar jurusan rekaan fesyen dan pereka dari seluruh negara dan sejumlah 62 pereka telah di disenarai pendek dan diberi peluang membentangkan inspirasi dan rekaan mereka kepada panel hakim termasuk Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad; Andrew Tan, Pengasas KLFW RTW; dan turut disertai individu berpengaruh Khoon Hooi dan Jovian Mandagie, pereka fesyen terkenal di Malaysia;  dan Khairul Abidin Ishak, Editor Majalah EH!.


10 finalis telah dipilih berdasarkan keaslian, rekaan, peresembahan di pentas peragaan, dan koleksi yang konsisten, mereka ialah : Shazmin Hashim, Syamil Fazwan dan Muhammad Nur Hazimin, dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Lee Bao En dari UCSI University; Liew Suet Yi, Ong Pei Yin, dan Ter Mei Ching dari Esmod Kuala Lumpur The One Academy; Nur Irsalina Sulzaily dari Limkokwing University of Creative Technology; serta Andy Yeo Kai Seh dan Foo Yee Ming dari Malaysian Institute of Art (MIA).

Tiga pereka terbaik akan diumumkan pada akhir pencarian ini dan memegang gelaran ‘AirAsia Most Promising Designer 2015’, bersama dengan hadiah-hadiah yang lain termasuk  Piala AirAsia Runway Ready Designer Search, tiket pergi balik ke Tokyo, Sydney dan Hong Kong, sehingga 60,000 AirAsia BIG Points setiap satu, dan Komputer riba Dell Inspiron 11 3000 dan peluang untuk mempersembahkan koleksi penuh mereka pada KL Fashion Week RTW 2016, dan juga peluang menjadi sebahagian dari Minggu Fesyen lain di rantau ini dan banyak lagi.

Ikuti perjalanan AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 di saluran YouTube AirAsia (youtube.com/airasia) bagi siri episod web, disebalik tabir dan wawancara eksklusif bersama pereka dan hakim serta banyak lagi.  

AirAsia adalah syarikat penerbangan pilihan bagi acara minggu fesyen KLFW RTW 2015 yang akan datang dan  Kerjasama strategik ini bersama penganjur Minggu Fesyen KL, inisiatif AirAsia Runway Ready Designer Search ini bertujuan bagi membantu memberi platform kepada bakat pereka muda bagi merealisasikan impian mereka dalam industri fesyen di dalam dan luar negara.

Pereka fesyen dari rantau ini turut akan diterbangakan oleh AirAsia bagi menjadi sebahagian dari KLFW RTW 2015, dan ini akan memberi peluang kepada 10 pereka muda ini berjumpa dan belajar dari mereka.


45

Bagus
27

Marah
23

Terkejut
36

Sedih
21

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (175 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.034837 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top