CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tudungku, Jubahku, Kalis Api Neraka

9-7-2015 06:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 14926| Komen: 46|Original author: mbaksusi

Oleh Adib Za

Trend menjual pakaian sempena hari raya nampaknya dimanipulasi oleh sebilangan penjual.

Tidak dinafikan dengan jenama, material dan kualiti rekaan yang 'wow', penjual boleh menjualnya dengan harga ratusan ringgit.


Namun, situasi ini pastinya dilihat sebagai mengambil kesempatan, sama ada anda setuju atau tidak, semakin ramai penjual yang berani meletakkan harga sekitar RM400 hingga RM1,000 untuk sepasang baju kurung, jubah, malahan sehelai tudung.

Mereka tahu, ada segolongan masyarakat yang sanggup berhabisan kerana jenama, nama dan glamor. Walhal, rekaannya tak seberapa pula. 

Melihatkan situasi ini, ramai di kalangan masyarakat mahupun netizen yang mula mempertikaikan penjualan rekaan pakaian 'kalis api neraka' ini.

Mengapa ia dikatakan 'kalis api neraka'? Ini kerana harga yang ditawarkan pada pembeli dirasakan 'mencekik darah' dan kadang kala tak masuk dek akal.  Bolehkah dengan memakai baju raya berharga RM400 ke atas ini menjadi pelindung api, kalis air, dan sebagainya? 


(Sumber foto: Twitter)


Sebab itu, istilah itu menjadi viral di media sosial kerana ianya seolah-olah menyindir penjual yang menawarkan harga baju raya tidak masuk akal.

Apa pun, sebagai pembeli, pilihan terletak di tangan anda, sama ada ingin membeli baju raya yang mahal atau sederhana sahaja, pastinya tiada paksaan.

Namun, jangan lupa, agama Islam menganjurkan agar kita sentiasa bersederhana. Selamat berhemah, ya! - CARI Infonet
12

Bagus
29

Marah
15

Terkejut
14

Sedih
34

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (123 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FanTasyCreaTioN 9-7-2015 06:22 PM
isu semasa ka



Quote Artemesiaa 9-7-2015 06:37 PM
Tak dinafikan sesetengahnya agak overprice hanya kerana jenamanya dah mula dikenali ramai
Quote GhostWalking 9-7-2015 06:38 PM
Kalau axl masuk sini masak ko dekkk hahahaha
Quote miabebe 9-7-2015 07:03 PM
Lol    
Quote berusjamban 9-7-2015 07:06 PM
Wow rase like pang sedas kt muka
Quote biosfree 9-7-2015 07:12 PM
Pompuan la tu kn.....pompuan mmg mcm tu...nafsu itu ini...
Quote mzzenma 9-7-2015 07:16 PM
Jangankan yg 400++..yang 200++ pun dah mahal sebenarnya

Kapitalis sangat perangai
Quote nurbaya 9-7-2015 07:21 PM
400 beli jubah..apa gila ke.. boleh dapat kain sari yg gred bagus..bole wat baju kurung.. jubah kain lycra atau polyester tu pon sampai 400... kalau beli baju kurung ntah2 dpt 4 helai kalau harga seratus selai.. membazir sungguhhhh
Quote tightcherry 9-7-2015 07:25 PM
Tgk la jubah abaya Che ta jual.. 1500 pon Ada..

Quote nist02 9-7-2015 07:33 PM
Hehehe.. soalan tu best giler bunyinye..
Quote aderaderker 9-7-2015 07:35 PM
Kalis dosa kowwttttt...
Quote giyomi 9-7-2015 07:46 PM
Org takder akal dan riak jer beli wlpon tak segah mana bila dipakai. Dlm hal gini, ikutin trend pprt, wl papa tetap bergaya.
Quote nurul_akmar 9-7-2015 08:37 PM
hahahaha..
Quote bluehedgehog 9-7-2015 08:39 PM
Korang ni bising apa...x mampu beli hermes diam aja la
Quote lyricko 9-7-2015 08:40 PM
Mcm nie pon ade..
Quote TuntungReturn 9-7-2015 08:43 PM
xda duit dok diam2 la.. yg bekemampuan beli jubah mahal2, yg x mmpu beli rm60 kt pasar malam.
Quote CrowneGlory 9-7-2015 08:51 PM
Bahahaha..lawak

tp kalau org dh mampu ..hak dia la nk beli..sebg pembeli kuasa ditgn anda..nk marah mahal pun x boleh...mungkin design, kualiti kain main peranan atas harga tu jugak.. Xkan guna kain mahal nk jual murah..
Quote hzln 9-7-2015 08:52 PM
saya biasa jubah org balik mekah ajer yg bagi...nak beli tu memang tak lah
Quote Mary_jane 9-7-2015 08:54 PM
Kak, bawal cotton kat uptown nun RM10 cuma. Kat muaz bawah RM10 pun ada. Nasiblah aku tak fancy sangat fesyen tudung. Kang raya ada tudung letak lampu kelap kelip. Jangan terkojut plak.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.061058 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top