CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Musa Kemukakan 3 Pilihan Untuk Najib

10-7-2015 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 12156| Komen: 78

Oleh Fyruz

sumber foto: malaysiaedition.net

3 pilihan buat Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menangkis semua tuduhan berkaitan 1MDB, itu antara suara bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang dipetik dalam themalaysianinsider.

Antara 3 pilihan tersebut adalah:

1. Berusaha menentang semua pertuduhan
2. Meletak jawatan sebagai Perdana Menteri
3. Bercuti sementara hasil siasatan audit daripada badan khas.


Namun, pada pandangan Tun Musa, cadangan ketiga iaitu cuti sementara merupakan cadangan peribadi untuk Perdana Menteri tersebut.

Musa Hitam juga menerangkan mengapa pilihan ketiga merupakan antara pilihannya adalah untuk memberi ruang kepada "penyiasat khas menjarakkan dari segi psikologi, secara politik dan secara sah untuk mereka mencari perkara sebenar".

Selain itu Musa juga berpendapat, pilihan terbaik buat Najib kini adalah dengan meletakkan jawatan dan memberi peluang pada muka baru dalam Umno. 

"Pada saya, dengan pilihan ini (cuti sementara), ia merupakan pilihan terbaik yang akan memancarkan kepimpinan, karektor dan juga personaliti pemimpin yang selari dengan prinsip yang diamalkan demokrasi berparlimen," tambah Musa.

Selain tu, Musa, 81, juga memberi komen terhadap UMNO dimana keadaan parti itu didalam penafian berhubung masalah kepimpinan dalam parti tersebut.

"Ini merupakan masalah besar dalam Umno yang memberi kesan kepada rakyat kerana Najib dilantik secara sah mengikut perlembagaan.

Sebelum itu:

Jumaat lepas,sejumlah RM2.6 billion (US$681 juta) wang dari British Virgin Island dideposit ke akaun peribadi Najib dalam 2 transaksi pada 21 dan 25 Mac 2013 seperti yang dilaporkan oleh Wall Street Journal (WSJ). - CARI Infonet.

sumber: theMalaysianInsider
5

Bagus
11

Marah
8

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CrowneGlory 10-7-2015 07:29 AM
Lanun mengomen pasal lanun lain... Pirates of malaysia..
Quote gaara_X 10-7-2015 07:29 AM
nasihat dari orang lama.....
Quote atira 10-7-2015 07:32 AM
CrowneGlory replied at 10-7-2015 07:29 AM
Lanun mengomen pasal lanun lain... Pirates of malaysia..

bekas lanun?  
Quote freebird 10-7-2015 07:33 AM
Musa Hitam cadang Najib rehat serah diri pada Tuhan sempena Ramadan
OLEH KC NAZARI DAN V. ANBALAGAN

Published: 10 July 2015 7:02 AM


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai 3 pilihan dalam merencana masa depannya bagi menangkis tuduhan pemindahan wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) yang dipindahkan ke akaun peribadinya, kata Tun Musa Hitam kepada The Malaysian Insider.

Bekas perdana menteri yang berkhidmat dari tahun 1981-1986 itu berkata Najib boleh kekal memegang jawatannya dan berhadapan tuduhan itu, meletak jawatan, atau bercuti bagi memberi laluan kepada siasatan yang sedang berlangsung.

Secara peribadinya, beliau amat mengesyorkan jika Najib memilih jalan ketiga bagi "memberi ruang secara psikologi, politik dan perundangan" kepada siasatan yang sedang berlangsung ke atas dakwaan itu.

Menurutnya, Najib boleh meletakkan jawatan dan ia ibarat "sagu hati" kepada negara bagi memberi laluan kepada pelapis baharu dalam Umno.

"Namun, saya dengan rendah diri mengesyorkan Najib melaksanakan pilihan ketiga iaitu bercuti buat sementara waktu bagi memudah cara siasatan non-partisan yang sedang berlangsung.

"Ini pilihan terbaik yang akan mempamerkan kepimpinan Najib, karakter, serta personaliti yang selari dengan prinsip demokrasi berparlimen," katanya.

Mengenang Tun Razak

Bercakap secara eksklusif kepada The Malaysian Insider, negarawan berusia 81 tahun itu berkata sudah tiba masanya beliau bersuara berkenaan isu-isu yang menyelubungi negara.

"Situasinya kini menuntut saya agar tidak berdiam diri lagi.

"Negara ini dibina dengan indah walau bagaimana sekali pun anda melihatnya.

"Namun, perkara yang berlaku dalam negara kita sekarang pastinya menjerumuskan kita ke dasar dengan pantas – ke dalam situasi yang menjahanamkan diri kita sendiri – jika kita tidak segera bertindak," katanya bercakap sepatah demi sepatah, seperti memikirkan dengan mendalam setiap perkataan yang dituturkan agar maksudnya jelas.

Menurut Musa, beliau terpanggil membuat seruan ini dalam bulan Ramadan yang mulia apabila mengenangkan nama baik mentornya, Tun Abdul Razak.

Almarhum Tun Razak, adalah bapa Najib merangkap bekas perdana menteri Malaysia kedua.

"Saya mengenangkan nama baik mentor saya, yang melatih saya, yang membawa negara kita pada kedudukannya sekarang, seorang yang cakna pada orang miskin, seorang yang mengambil berat terhadap rakyat.

"Seorang yang begitu banyak menyumbang iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak. Beliau menjaga saya dengan sangat baik. Sekarang saya rasa macam hendak menitiskan air mata...

"Maaf..saya tak pernah begini," kata Musa.

Pada masa ini, Musa berhenti bercakap selama kira-kira 10 saat, dan matanya kelihatan kemerah-merahan berkaca bergenangan air mata.

"Kini, kita ada seorang individu yang membawa namanya dan ia membuatkan saya lebih tertekan apabila memikirkannya.

"Lakukan perkara ini (berehat). Jika pun anda rasakan anda bersalah dalam beberapa perkara, serah diri kepada Tuhan.

"Ingat, Tuhan Maha Pengampun tetapi Dia juga akan memulangkan kembali apa-apa perkara tidak elok yang kita lakukan, menurut caraNya sendiri.

"Saya melakukan perkara (seruan) ini tanpa niat buruk. Malah saya tidak untung atau rugi apa-apa. Najib sendiri begitu rapat dengan saya," kata Musa meneruskan perbualan.

Umno dalam penafian

Sementara itu, mengulas situasi Umno sekarang, Musa menyifatkan parti itu kini berada dalam penafian.

Jelasnya, Umno perlu mengakui masalah ini dan mencari ikhtiar bagi menyelesaikannya.

"Mereka perlu cari alternatif dan ini tidak bermakna menyingkirkan presiden tetapi meneliti pilihan-pilihan yang ada.

"Ini perlu dilakukan dengan tenang, rasional dan mengambil kira kepentingan negara," katanya lagi.

Musa juga menegaskan yang beliau tidak percaya dengan sokongan terbuka diberikan kepada mana-mana pemimpin yang masih memegang tampuk kuasa.

"Mereka yang mengikrarkan sokongan ini adalah yang pertama akan angkat kaki apabila pemimpin mereka dilanda masalah," katanya mengimbau kembali kenangannya dalam parti.

2 Julai lalu, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan sebanyak AS$700 juta (RM2.3 bilion) dipindahkan ke akaun peribadi Najib di AmPrivate Bank, Kuala Lumpur.

Dakwaan itu kemudian disokong dengan dokumen yang dimuat naik ke atas talian oleh WSJ.

Terkini, pasukan khas yang menyiasat dakwaan WSJ mengesahkan Najib pernah mempunyai 2 akaun peribadi di AmBank yang sudah ditutup – sekali gus mengiakan sebahagian daripada laporan WSJ.

Najib bagaimana pun sebelumnya tanpa mengesahkan atau menidakkan laporan itu, menafikan pernah menggunakan wang yang dimaksudkan demi "kepentingan peribadi".

Sewaktu laporan ini ditulis, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor pula didakwa menerima deposit wang sebanyak RM2 juta di antara 10 Februari hingga 23 April tahun ini. – 10 Julai, 2015

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.AoRGXMhx.dpuf


...sempena Ramadhan yang mulia, mengaku je lah...
Quote CrowneGlory 10-7-2015 07:47 AM
atira replied at 10-7-2015 07:32 AM
bekas lanun?

Bukan bekas lanun...tp lanun tua... Kalau dh lanun tu kekal lanun sampai mati.. Kalau ada kesempatan nk melanun kompom buat lagi...


dorgkan ada parley code tu yg asik lepas
Quote kentel 10-7-2015 07:58 AM
hmm...tak tau nak kata pa dah....oh malaysiaku...
Quote dauswq 10-7-2015 08:01 AM
2 tun dh suruh buat...  Tinggal satu tun jek
Quote offwhite 10-7-2015 08:02 AM
what do uolls expect fr malaysian insider...rehat jgn x rehat...
Quote freebird 10-7-2015 08:06 AM
dauswq replied at 10-7-2015 08:01 AM
2 tun dh suruh buat...  Tinggal satu tun jek

Tun Ling Liong Sik?
Quote dauswq 10-7-2015 08:07 AM
freebird replied at 10-7-2015 08:06 AM
Tun Ling Liong Sik?

Tun lah
Quote VladinirPutim 10-7-2015 08:09 AM

tun daim zainudin?

Quote d'zeck 10-7-2015 08:13 AM
3 orang yang sarankan berehat/berundur/letak jawatan

13 juta orang lagi kekal beri mandat penuh tanpa
berbelah bahagi supaya kekal meneruskan amanah

jadahnya nak ikut 3 orang punya suara
Quote bluehedgehog 10-7-2015 08:24 AM
d'zeck replied at 10-7-2015 08:13 AM
3 orang yang sarankan berehat/berundur/letak jawatan

13 juta orang lagi kekal beri mandat penuh t ...

kena simpan ayat ko ni...

btw, dari mana ko dpt angka ni

tq sbb bg gue gelak pagi2 ni
Quote ice_sky92 10-7-2015 08:26 AM
d'zeck replied at 10-7-2015 08:13 AM
3 orang yang sarankan berehat/berundur/letak jawatan

13 juta orang lagi kekal beri mandat penuh t ...

13 juta? Are you sure?



Quote otai_g 10-7-2015 08:40 AM
CrowneGlory replied at 10-7-2015 07:47 AM
Bukan bekas lanun...tp lanun tua... Kalau dh lanun tu kekal lanun sampai mati.. Kalau ada kesempat ...

hi cybertroopher najib.

isu skang srh najib bercuti bukan soal lanun tua or muda.

aku lbh respek musa hitam ni drp najib sendiri.

Quote otai_g 10-7-2015 08:43 AM
majoriti rakyat msia dah tolak najib dah. elok la najib resign sajork. da bnyk sgt kantoi da najib ni. kalo wat pru pun cmfrm dia kalah.
Quote CrowneGlory 10-7-2015 10:00 AM
otai_g replied at 10-7-2015 08:40 AM
hi cybertroopher najib.

isu skang srh najib bercuti bukan soal lanun tua or muda.

Ada jugak yg respek lanun... Some people nvr fails to amaze me...

aku cybertrooper najib??? Bahahaha... Lawak apakah ini, pemahaman dulu dpt berapa? Taugeh
Quote lurve82 10-7-2015 10:04 AM
aiks sama lak org rumah hakak ckp semlm..najib sepatutnya berehat kejap..satu2 isu timbul...yg lama blm terjwb dh kuar isu baru...eh yg dorg upah LKW tu utk jaga reputasi xbuat keje kah?
Quote asher 10-7-2015 10:05 AM
senang citer kalo bijan masih nak berkuasa dengan lebih beliyau kene bubar parlimen..tgok rakyat nk bg mandat dekat dia lg or tak ? biarlah rakyat yang tentukan dengan pertimbangan sendiri..

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.273917 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top