CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Benarkah Budaya Melayu Semakin Runtuh ‘Ditelan’ Budaya Arab?

14-7-2015 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 58562| Komen: 290|Original author: Alion


Oleh : Dean BZ

Budaya mencerminkan bangsa, jika mengikut budaya barat, maka lahirlah bangsa yang mengaplikasikan budaya barat yang lebih "terbuka". Jika mengikut budaya Timur pula, maka lahirlah bangsa yang mengaplikasikan "kesopanan" dalam kehidupan seharian.

Apa yang penulis ingin tekankan adalah tentang penularan budaya Arab yang melanda dikalangan masyarakat Melayu sekarang ini terutamanya dari segi bahasa dan pemakaian. Menjelang hari raya, kita dapat lihat trend sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan beberapa tahun sebelumnya.

Jika dulu kaum lelaki akan memakai baju Melayu namun kini jubah mula mendapat tempat dihati si pemakai. Begitu juga dengan kaum wanita, baju kurung dan kebaya seperti sudah kurang mendapat tempat dihati kaum hawa kerana banyak pakaian trend baru mula menjadi pilihan seperti kaftan, jubah, abaya dan sebagainya.

Gambar Sekadar Hiasan. Sumber foto : www.popiyah.com

Jika dilihat dari segi bahasa pula, penerapan bahasa Arab dalam bahasa Melayu mula dapat dilihat contohnya seperti hijab, Iftar, solat, nawaitu dan banyak lagi. Jika tidak dibendung, apalah gunanya "Kempen Sayangi Bahasa Kita" kerana satu persatu bahasa ibunda kita telah diserap oleh bahasa Arab.

Gambar Sekadar Hiasan. Sumber foto : chezuraidabpsrt.wordpress.com

Mungkin ada sesetengah dikalangan masyarakat Melayu yang kurang jelas dan menganggap semua mengenai Arab adalah lebih "Islamik" baik dari segi pemakaian mahupun pertuturan. Pada pendapat penulis, tidak perlulah kita mengagungkan budaya orang lain kerana budaya ketimuran jauh lebih baik dan sedap mata memandang. Jika dilihat dinegara-negara Islam selain Timur Tengah, mereka masih mengekalkan pakaian dan bahasa ibunda sendiri. Adakah mereka kurang Islamik?

Gambar Sekadar Hiasan. Sumber foto : www.infokini.my


Perlu diketahui, budaya adalah "khazanah warisan" paling berharga dalam sesebuah negara kerana itu lah yang membezakan sosiobudaya yang ada disetiap negara. Namun, tidak mustahil suatu masa nanti bahasa ibunda dan pakaian tradisional orang Melayu akan mula dilupakan sedikit demi sedekit oleh generasi akan datang jika kita terlalu terikut-ikut dengan budaya luar. Fikir-fikirkan! - CARI Infonet.



*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.

32

Bagus
22

Marah
31

Terkejut
42

Sedih
36

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (189 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Alion 5-7-2015 10:48 AM
Arab celup. Arab tiruan. Arab palsu.
Quote noor2 5-7-2015 10:55 AM
Lepas ni boleh bukak thread lain tajuk....apa bila budaya melayu ...cina dan india ditelan budaya barat..budaya inggeris..

Dari segi pemakaian ...percakapan..makanan...kebanyakan ikut barat...boleh ?...oh..hat ni x pa pulak??
Quote noor2 5-7-2015 10:56 AM
Barat tiruan....mat saleh tiruan..palsu..
Quote TuntungReturn 5-7-2015 11:01 AM
celah mana kedai x jual baju kurung siap?? berlambak2..
Quote selendangmerah 5-7-2015 11:07 AM
hmm ..

kalau nak cakap pasal arabisasi di kalangan melayu .. sebenarnya hal itu dah lama ..

bangsa melayu byk mengadaptasikan budaya bangsa lain ..

kalau nak citer pasal pemakaian, jubah itu budaya arab .. orang islam atau melayu ikut pakai sbb ianya sunnah Rasulullah ..

kalau nak kata melayu cuba nak jadi arab celup, sy kurang bersetuju ..

apa yg kita lakukan hari ini adalah hasil dr pengalaman dan pembelajaran kita terdahulu ..

x hairan kalau kita terpengaruh dengan sesuatu konsep atau budaya atau cara kerja disebabkan pengalaman kita yang lalu ..

contohnya .. adakah kita jd mat salleh sbb pegi keje pakai coat & tie .. sedangkan kita boleh berbusana Melayu ..

Quote Munah_sporty 5-7-2015 11:13 AM
bia depa la...al quran n doa2 dlam solat pun bhasa arab kan??? tak kan nk baca lam bahsa indon kowt...i tak pndai sgt bab agama nih tapi rasa nya islam mmg brmula dari sana kn?? so ape mslah nya...
Quote Atifan 5-7-2015 11:14 AM
asalkan xbertentangan dengan islam, kenapa pulak nak jadi isu? xfhm aku org yg nk menaikkan benda benda remeh mcm ni..get a life lah
Quote Munah_sporty 5-7-2015 11:15 AM
Edited by Munah_sporty at 5-7-2015 11:20 AM

btw I rase islam takde pahaman islam nusantara lah islam arab lah..karut jew tu..klau dh islam tu islam jew la.. kena pndai beza budaya n agama.. jgn jadi bodoh
Quote satrianaga 5-7-2015 11:22 AM
Pakai telekung semayang budaya areb keww....
Quote noraidil_06 5-7-2015 11:24 AM
Prmbongak sgt.bersepah je baju kurung.dr semurah2 harga sampai semahal2 harga.
Quote NAT_11 5-7-2015 11:26 AM
Entah, aku masih berbaju kurung Johor - dulu dan sekarang............
Quote Munah_sporty 5-7-2015 11:28 AM
satrianaga replied at 5-7-2015 11:22 AM
Pakai telekung semayang budaya areb keww....

tu la pasaii..kalo bolehh depa nk meleis smayang pkai baju kurung..baru kemelayuan gitu lah..
Quote tricomonas 5-7-2015 11:29 AM
Edited by tricomonas at 5-7-2015 11:30 AM

Pakai jubah senang nak kencing/berak...just selak keatas je..


Munah Alhabsyi Al-unta
Setiausaha Pertubuhan Arab Celup
Kampung Baghal
Quote dodolgemok 5-7-2015 11:34 AM
Mungkin penulis pergi kedai jubah arab sebab tuh xjmpe baju kurung
Quote BelitaBela 5-7-2015 11:39 AM
Baju kurung Pahang pilihan saya. Evergreen and sofistikated serta elegant. Saya mesti pilih
Quote berusjamban 5-7-2015 11:47 AM
Kalu pakai jubah xyah control makan xpe. Naik 20kilo masih boleh pakai lg jubah tersebut. Maklumla hakak2 gomen ni mcm ayam telur x reti jaga badan. Umo 30 dah nampak mcm nak pencen
Quote Alion 5-7-2015 11:48 AM
Tudung rambut (Arab). Selendang (Melayu). Nampak rambut kena ancam bakar dlm neraka.
Quote noor2 5-7-2015 11:50 AM
Edited by noor2 at 5-7-2015 11:51 AM

Bercakap pasal tudung. ..ramai ja melayu x pakai tudung ..x pernah kena bunuh pun....ko nak bukak tudung sapa pun x kisah...
Quote zjen 5-7-2015 11:54 AM
Edited by zjen at 5-7-2015 11:57 AM

4 tamadun tertua,  tinggal tamadun China kekal,    yg lain semua tenggelam pasal agama   .....  tamadun Egypt jatuh bila datang nye kristian,  pastu bila islam masuk,  lagi jatuh,   sekarang kaum yg dok mesir ialah org Arab,  org Egypt yg cipta tamadun ampir semua dah di bunuh atau tukar bangsa, bahasa, dan budaya


Sumerian,  tamadun yg lagi awal dr Egypt,  dgr citer org Sumeria unik,  badan putih tapi kepala puak ni hitam cam negro,  skang mana lagi boleh nampak org camni,  empayar dorg bertapak di Iraq kang  ....  jatuh di serang oleh Babylon,  pastu Babylon hacur dr serangan Parsi .....  empayar Parsi berpusat di Iran,  lepas islam masuk,   budaya Parsi yg indah cam hindustan semakin jatuh,  tahun 1979 ialah penghujung budaya Parsi,  kini tinggal kucing Parsi menjadi benteng terakhir peninggalan Parsi


Harrapa,   berpusat di antara Pakistan dan India,  tulisan dan sejarah dia takde sorg india skang yg tahu baca,  org paki pon tak tahu ada nenek moyang camni ...... pastu kemasukan kaum Aryan mula set sistem  kasta, org India dr 3000 tahun dulu dah jadi pariah ...  Aryan cipta agama Brahmanism,   pastu empayar dia kasi Buddha jatuhkan,  tapi pastu Buddha pun jatuh dan di ganti dgn Hindu,  pastu India penah jadi empayar Islam,  pastu Bristish dtg dan bina negara India ..... kesimpulan nye India ialah negara yg di cipta Bristish ...tulah pasal bahasa English menjadi bahasa paling utama di India   .....  ekceli Melayu juga org India,  tapi kalu iols ckp camtu,  konpem ramai di luar sana rasa nak pancung,   bahasa Melayu ialah salah sejenis bahasa purba India,  tapi kang di India dah xde bahasa Melayu,  org Melayu sendiri pon x ngaku nenek moyang ialah ....

1,2,3,4,5 ...   angka ni ekceli juga di cipta oleh sejenis puak di India,  tapi puak dia skang entah ke mana,  dah pupus kot,  so far iols ingat org Arab yg cipta

Lihat semua komen(290)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.070985 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top