CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Op Selamat: 34,565 saman tiga hari pertama

15-7-2015 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5636| Komen: 21



Sebanyak 34,565 saman dikeluarkan sepanjang tiga hari Op Selamat 2015 di seluruh negara sejak Jumaat lalu.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Fuad Abd Latiff berkata, saman yang dikeluarkan itu atas pelbagai kesalahan seperti melepasi had laju, motosikal, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan memotong laluan.

Menurutnya, pihaknya menggunakan kamera yang turut digunakan bagi mengesan had laju untuk pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lain.


"Hari pertama Op Selamat merekodkan 8,654 saman, Sabtu 11,473 dan Ahad sebanyak 14,438 saman dikeluarkan."


Pengguna jalan raya diharapkan sentiasa patuh kepada arahan yang dikuatkuasakan kerana tiada rayuan akan diberi kepada saman yang dikeluarkan.

Sementara itu, 4,184 kes kemalangan direkodkan dalam tempoh sama.

Sebanyak 68 kes daripada jumlah itu adalah kemalangan maut dengan membabitkan 74 kematian.

Op Selamat 7/2015 sempena Aidilfitri mula dilancarkan sejak 10 Julai lalu sehingga 24 Julai depan. 




sumber : http://www.bharian.com.my/


23

Bagus
20

Marah
18

Terkejut
26

Sedih
11

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (116 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 13-7-2015 04:54 PM
Roadblock balik kelate drpd penang kat mana sis? Roadtax mati tapi nk balikbesok lusa.
Quote noor2 13-7-2015 05:57 PM
Berapa halaju sebenar yang kita boleh pandu kat highway?...lebih 120km/j akan kena saman?
Quote kentel 14-7-2015 08:12 AM
noor2 replied at 13-7-2015 05:57 PM
Berapa halaju sebenar yang kita boleh pandu kat highway?...lebih 120km/j akan kena saman?

111km/h....hiks.....govt nak kutip duit sis....bayar hutang bijantaratulur 42b...
Quote noor2 14-7-2015 01:46 PM
kentel replied at 14-7-2015 08:12 AM
111km/h....hiks.....govt nak kutip duit sis....bayar hutang bijantaratulur 42b...

Oh..hihi...okie...nanti bawak 110 ja la
Quote obelisk 14-7-2015 01:48 PM
noor2 replied at 13-7-2015 05:57 PM
Berapa halaju sebenar yang kita boleh pandu kat highway?...lebih 120km/j akan kena saman?

nak balik kuala kangsar tak boleh bawak laju, kene bawak perlahan, 60kmj dah cukup

Quote noor2 14-7-2015 01:50 PM
obelisk replied at 14-7-2015 01:48 PM
nak balik kuala kangsar tak boleh bawak laju, kene bawak perlahan, 60kmj dah cukup

Kenapa x boleh awak?
Quote obelisk 14-7-2015 01:52 PM

pandu cermat jiwa selamat, takkan lari gunung dikejar... pesanan ikhlas untuk yang tersayang

Quote noor2 14-7-2015 01:55 PM
obelisk replied at 14-7-2015 01:52 PM
pandu cermat jiwa selamat, takkan lari gunung dikejar... pesanan ikhlas untuk yang tersayang

Oh..tq..tp 60 tu selow sangat la....90 pun ok kan...hihi
Quote kentel 14-7-2015 02:36 PM
noor2 replied at 14-7-2015 01:46 PM
Oh..hihi...okie...nanti bawak 110 ja la

alah sis..tu pun kalau meter sempat cecah 110...mau nya baru nak naik 90 da brek...lagi2 gua tempurung tu mendaki..R&R tapah lagi jam..mendaki dkt terowong menora lagi..sis kan kg. dkt k.kangsar...
Quote gajahBIMBO 14-7-2015 02:49 PM
kaya la polis tahun ni
Quote noor2 14-7-2015 03:07 PM
kentel replied at 14-7-2015 02:36 PM
alah sis..tu pun kalau meter sempat cecah 110...mau nya baru nak naik 90 da brek...lagi2 gua tempu ...

Hihi.....betul jugakan....tambah2 jem...
Quote kentel 14-7-2015 03:12 PM
noor2 replied at 14-7-2015 03:07 PM
Hihi.....betul jugakan....tambah2 jem...

memang jem sis...kekdahnya selamat menempuh trafik sesak...bila sis gerak?
Quote noor2 14-7-2015 03:32 PM
kentel replied at 14-7-2015 03:12 PM
memang jem sis...kekdahnya selamat menempuh trafik sesak...bila sis gerak?


X pasti bila...bila mengenangkan jem ni.....kak kentel blk mana dan bila?
Quote nexusys 14-7-2015 03:45 PM
Set2 meleisien meroyan sebab takleh bawak laju... polis buat operasi pun sentap.

Dah mampos nanti baru nak nyesal tak sudah.

Salah satu level minda meleisien yang claim tinggal kat negara membangun.

Quote kentel 14-7-2015 04:08 PM
noor2 replied at 14-7-2015 03:32 PM
X pasti bila...bila mengenangkan jem ni.....kak kentel blk mana dan bila?

kentel org gombak jer kak....raya kt sini
Quote noor2 14-7-2015 04:11 PM
kentel replied at 14-7-2015 04:08 PM
kentel org gombak jer kak....raya kt sini

Bestnya....x payah menempuh jem....maila beraya kuala...
Quote kentel 14-7-2015 04:17 PM
noor2 replied at 14-7-2015 04:11 PM
Bestnya....x payah menempuh jem....maila beraya kuala...

hahahaha...tak koser kak nak tempuh jam...huhuhu...
Quote noor2 14-7-2015 04:28 PM
kentel replied at 14-7-2015 04:17 PM
hahahaha...tak koser kak nak tempuh jam...huhuhu...

Tau x pe...hihi...
Quote qronaldo7 14-7-2015 04:32 PM
yang potong q tu patut saman rm1k

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.049890 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top