Setelah empat tahun berlalu, keterujaan penyokong setia Liverpool kembali menggegar! Semalam selepas rangka jelajah di Australia berakhir, skuad bimbingan Brendan Rodgers itu tiba di ibu negara. Kelab Liga Perdana Inggeris itu kali terakhir menjejakkan kaki di bumi Malaysia ialah pada 2011 yang mana kunjungan tersebut merupakan kali pertama buat The Reds. Kali ini, mereka datang lagi untuk kali kedua yang nyata berjaya membuat penyokong Liverpool di negara ini melonjak kegembiraan. Selain bertemu peminat, kehadiran Liverpool ialah untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang skuad Pilihan Malaysia yang dikendalikan jurulatih, Dollah Salleh pada Jumaat ini.
Semalam, mereka tiba di Hotel Saujana, Subang pada pukul 9.00 malam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ketibaan mereka disambut meriah oleh lebih 100 peminat fanatik yang berkumpul di perkarangan hotel sambil menyanyikan lagu Liverpool, ‘You ll Never Walk Alone’ beserta palunan kompang dan kalungan bunga kepada setiap pemain The Reds. Pada kunjungan Liverpool sewaktu melakukan Jelajah Asia empat tahun lalu, skuad kebangsaan yang dibimbing oleh Datuk K. Rajagobal menjadi lawan mereka pada ketika itu kecundang 3-6 di hadapan 80,000 penonton yang hadir menyaksikan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Namun, untuk kali ini, perlawanan persahabatan yang juga akan dilangsung di stadium sama, membabitkan gabungan pemain import dan barisan pemain tempatan yang beraksi dalam Liga Malaysia. sumber : http://www.bernama.com/ |
6
Bagus |
7
Marah |
17
Terkejut |
12
Sedih |
6
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT