Oleh Adib Za Dek kerana tidak tahan dengan kekotoran melampau di sebuah stesen minyak di R&R Sungai Perak, aktress popular Yana Samsudin dan suaminya nekad membersihkan tandas di situ.
Kejadian ini berlaku ketika kedua pasangan ini dalam perjalanan dari utara untuk kembali ke ibu kota Kuala Lumpur. Namun, tidak disangka perbuatan Yana dan suaminya ini menjadi viral di laman sosial dan mendapat respon positif para netizen. Ramai yang berpendapat tindakan artis tersebut perlu dicontohi dan menjadi ikutan masyarakat dalam menangani masalah tandas awam kotor yang tidak berpenghujung. Yana sebelumnya, memuat naik status yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan tahap kebersihan dan pengurusan stesen minyak di R&R berkenaan. “Saya sebenarnya sedang beratur hendak menggunakan tandas, namun hidung saya terbau sesuatu yang sangat busuk. Malah, saya menutup hidung menggunakan tudung saya kerana tidak tahan dengan bau itu. “Saya difahamkan air tiada dan ia menyukarkan lagi pengguna untuk menggunakan tandas. Saya meminta suami membelikan air mineral beberapa botol dan ada antaranya saya gunakan untuk menjirus di lantai tandas itu. “Selepas selesai menggunakan tandas, saya dan suami mencari hos dari luar untuk membersihkan najis di dalam tandas itu. Namun, kecoh seketika apabila pekerja stesen minyak itu menghalang kami menarik hos itu,” jelas Yana menerusi portal Bharian Online. Apa pun, tahniah Yana dan suami atas keprihatinan pihak anda. Buat netizen, nah silakan viralkan isu ini semaksimum mungkin. Perkara baik dan positif seperti inilah yang perlu diviralkan. - CARI Infonet
|
5
Bagus |
20
Marah |
5
Terkejut |
3
Sedih |
15
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ice_sky92 replied at 21-7-2015 06:28 PM
Ketiak menangis. lol.
lavaposa6 replied at 21-7-2015 06:33 PM
lu gelak sorang je la dgn lawak bodoh tahap toilet busuk giler ni...
kelapaparut replied at 21-7-2015 06:17 PM
Ketiak c hubby basah, terpercik air jamban ke
PongKang replied at 21-7-2015 07:20 PM
Bangla kat negara dorg pun kotoq lagi la nk kje jd tukang bersih kt msia. Mmg depa buat cincai jela. ...
timahterung replied at 21-7-2015 09:59 PM
Tapi memang tak paham, kekadang ada tahi selonggok atas simen lantai toilet tu bukanna dalam luban ...
ADVERTISEMENT