Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mahu audit keselamatan dilakukan terhadap perkhidmatan LRT berikutan insiden kerosakan brek di dua lokasi berasingan semalam. "Saya bersyukur tiada yang cedera dalam kejadian membabitkan LRT di hentian Setiawangsa dan Universiti. "Satu audit keselamatan perlu dilakukan supaya keselamatan penumpang sentiasa diutamakan," katanya dalam laman Facebook dan Twitternya. Dalam kejadian itu, dua tren LRT Laluan Kelana Jaya mengalami masalah sistem brek, satu berdekatan Stesen Universiti, Petaling Jaya dan satu lagi di Stesen Setiawangsa.
Kedua-dua insiden menyebabkan gangguan di laluan berkenaan serta menyebabkan kedua-dua tren berkenaan diselubungi asap. Kejadian pertama berlaku di Stesen Setiawangsa pada jam 8 pagi dan kejadian kedua pada jam 12.18 tengah semalam. Sementara itu, dalam kenyataan Rapid Rail Sdn Bhd menjelaskan, syarikat berkenaan menyedari masalah kegagalan brek tren berkenaan dan telah mengambil langkah untuk membaikinya dengan memasang brek baharu pada 35 tren empat gerabak berkenaan. Langkah itu dilakukan sementara menunggu syarikat pengeluar tren Bombardier dan Knorr Brake tampil dengan pelan penyelesaian jangka panjang. Syarikat itu juga mengakui terdapat masalah dalam reka bentuk - CARI Infonet |
4
Bagus |
17
Marah |
3
Terkejut |
15
Sedih |
8
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT