MAYAT pegawai Rela yang maut selepas terjatuh dari pangsapuri di Banda Hilir, Melaka kelmarin. MELAKA - Seorang pegawai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) maut selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah pangsapuri dekat Jalan Melaka Raya 5 di sini kelmarin. Dalam kejadian pukul 4.25 petang itu, mangsa yang berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Sebelum kejadian itu, sepasukan anggota polis yang melakukan operasi rutin mengetuk pintu rumah mangsa yang didiami bersama empat rakannya termasuk tiga wanita. Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, sebaik anggota polis masuk, mangsa yang berasal dari Merlimau, Jasin sudah terjatuh ke bawah dalam keadaan terbaring dalam keadaan berlumuran darah.
|
ADVERTISEMENT